Baby Shima ajak lelaki ‘belanja tunjuk burung’ bersemuka

Baby Shima ajak lelaki ‘belanja tunjuk burung’ bersemuka

Baby Shima menerima kiriman berupa foto bogel seorang lelaki dalam Instagramnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Shima atau nama lengkapnya Nor Ashima Ramli, 29, berkongsi foto lelaki tersebut dalam keadaan bogel sambil menunjukkan bahagian kemaluannya yang ditutup dengan emoji pisang.

Berang dengan tindakan lelaki ‘gila’ yang dikatakan berasal dari Terengganu itu, Shima mencabarnya untuk berjumpa secara berdepan jika dia berani berbuat demikian.

“Sebelum Ramadan. Kalau setakat hantar DM (direct message) macam ini apa barang. Kalau nak sangat, mari berjumpa depan-depan.

“Hari itu JB (Johor Bahru). Sekarang Ganu (Terengganu) pula. Ada yang kenal ke? Kalau ada yang kenal boleh bagi alamat dia tak?” tulis Shima.


TANGKAP layar foto kemaluan dihantar seorang lelaki kepada Baby Shima menerusi Instagram.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam beberapa jam selepas dikongsikan dalam Instagram.

Tangkap layar komen netizen yang sempat dibuat memaklumkan lelaki tersebut bekerja dengan salah sebuah syarikat kurier di Kuala Lumpur.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Pura-Pura Bujang itu memberitahu kerap diganggu lelaki tidak dikenali yang mengirim pelbagai imej dan video lucah dalam Instagram miliknya. K Online

Baby Shima ajak lelaki ‘belanja tunjuk burung’ bersemuka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker