Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

 

Tangkap layar video memaparkan gelagat seorang kanak-kanak ketika sedang solat.P\

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang sedang solat berjemaah bersama ayah dan abangnya telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.

Apa yang menariknya adalah apabila dia mula membacakan surah al-Fatihah dengan begitu kuat sehingga menutupi suara bapanya sebagai imam solat.

Menerusi perkongsian @norhidayahghazali90 di TikTok, kelihatan kanak-kanak tersebut membengkokkan badannya ke belakang sambil melaungkan bacaan ayat surah berkenaan dengan penuh lantang sehingga menyebabkan si perakam turut tergelak.

@norhidayahghazali90

♬ original sound – user4571108975429

“Dari balik sekolah senyap je, tapi lepas dia buka puasa hampa dengarlah suara dia macam mana. Kalah Pak Imam,” ujarnya.

Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 2.1 juta tontonan dan rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak perempuan berkenaan.

“Konfius mana satu imam, sampai bengkok-bengkok badannya, tak tergelak ke ayahnya,” komen seorang pengguna.

“Ini kalau jin, syaitan lalu pun menggelupur kepanasan, bacaan yang lantang, teruskan usaha untuk solat dengan sempurna ya adik,” kata pengguna lain.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker