Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Berang ditegur ambil lauk guna jari, pelanggan mabuk pukul pekerja mamak ditahan polis

Pelanggan mabuk pukul pekerja restoren (Video)

GARA-gara berang ditegur, tiga lelaki bertindak memukul dua pekerja kedai mamak sehingga cedera dalam kejadian di sebuah restoran dekat Glomac, Cyberjaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, suspek pertama dan kedua berada di bahagian nasi kandar sementara suspek ketiga mengambil lauk dengan menggunakan jari dalam keadaan mabuk.

Beliau berkata, pekerja telah menegur perbuatan suspek ketiga dan memberitahu akan melayan pelanggan lain dahulu yang sedang menunggu giliran.

“Akibat ditegur, ketiga-tiga suspek bertindak agresif dan mula memukul pekerja kedai.

“Salah seorang suspek menggunakan pengepit makanan besi dan memukul pekerja di kepala serta badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengadu iaitu seorang pengurus restoran berusia 48 tahun mendakwa kejadian tersebut mengakibatkan barangan kedai termasuk 60 biji pinggan besar, 80 biji pinggan kecil rosak manakala lauk pauk tercemar dan terpaksa dibuang.

Wan Kamarul Azran berkata, mangsa pertama mengalami lebam di leher, kepala, bahu kiri dan kedua-dua belah telinga, sementara mangsa kedua mengalami luka di badan, bengkak di kepala dan sakit tangan kanan.

“Mangsa juga mendakwa telah diugut oleh dua suspek yang mengatakan akan memotongnya sekiranya jumpa di luar premis kedai,” ujarnya.

Malah, pengadu mendakwa ketika beliau meleraikan pergaduhan tersebut, suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat dan hinaan terhadap polis dalam bahasa Tamil.

“Suspek mengatakan mereka tidak takut pada polis kerana tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka,” ujarnya.

Wan Kamarul Azran berkata, suspek pertama berusia 50 tahun ditahan di Perkarangan Balai Polis Cyberjaya pada pukul 1.40 pagi tadi.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak mengaku memukul mangsa,” katanya.

Sementara dua lagi suspek yang bekerja sebagai pemandu pelancong dan pemandu teksi masing-masing berusia 51 tahun ditahan di Perkarangan Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Sepang pada pukul 1 pagi.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Polis turut merampas sebatang penyepit besi yang digunakan ketika kejadian,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324/427/506 Kanun Keseksaan. Utv

View this post on Instagram

A post shared by UtusanTV (@utusantv)

Pelanggan mabuk pukul pekerja restoren (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker