Lelaki santai makan hidangan makhluk halus

Lelaki santai makan hidangan makhluk halus

Lelaki santai makan hidangan makhluk halus
SEORANG lelaki mengambil sebiji telur yang dijadikan sesajen untuk dimakan. – AGENSI

JAKARTA – Aksi seorang lelaki yang memilih untuk makan sesajen atau hidangan untuk makhluk halus tular di media sosial, lapor laman berita Lambe Turah.Kejadian unik itu dimuat naik oleh akaun TikTok @pedirenjaya.

Dalam video dikongsikan, seorang lelaki yang sedang melalui sebuah jambatan dengan menaiki motosikal dilihat berhenti setelah melihat sesajen di tepi jambatan.

Dia mendekati bekas sesajen tersebut dan tanpa ragu-ragu, mengambil sebiji telur di dalamnya.

Tanpa rasa takut, lelaki itu terus mengupas dan makan telur tersebut di situ juga sebelum meneruskan perjalanannya.

Momen tersebut dengan pantas mencuri perhatian netizen selepas dimuat naik ke pelbagai platform media sosial.

Ramai netizen mengaku terkejut dan hairan dengan keberanian lelaki itu, memandangkan sebahagian masyarakat masih menganggap sesajen mempunyai unsur mistik.- AGENSI

Lelaki santai makan hidangan makhluk halus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengalaman Lawatan Kerja Jadi Input Perkukuh Sektor Pertanian Pahang

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker