Leka bermain lumpur terlalu lama, enam anak gajah terpaksa diselamat

RENJER-RENJER taman negara Thap Lan bekerjasama untuk mengeluarkan enam anak gajah yang terperangkap di dalam kolam lumpur. – Facebook/ Berita orang Ton Prakan

BANGKOK – Gelagat enam ekor anak gajah yang leka bermain kolam lumpur di sebuah taman negara dalam wilayah Prachin Buri, Thailand, mencuit hati netizen apabila kesemua haiwan itu berdepan kesukaran untuk keluar ke tanah, lapor laman berita The Thaiger semalam.

Anak-anak gajah itu dikatakan bermain lumpur terlalu lama sehinggakan ia keletihan dan tidak dapat keluar dari kolam lumpur tersebut.

Dengan badan yang berlumpur, anak-anak gajah itu dilihat tergelincir dan menggelongsor di sekeliling kolam.

Keadaan itu membuatkan kakitangan Taman Negara Thap Lan terpaksa pergi ke kawasan tersebut untuk membantu kawanan itu keluar dari lumpur.



Mereka menggunakan penyodok dan tuil untuk menggali cerun supaya haiwan-haiwan itu dapat berjalan keluar.

Renjer taman negara itu berkata, terdapat seekor anak gajah nakal yang menjadi ketua kawanan itu dan ia disyaki menjadi ‘dalang’ kepada aktiviti haiwan-haiwan tersebut.

Ketua taman negara itu mendedahkan bahawa kejadian itu sebenarnya berlaku pada 2019 tetapi baru sahaja disiarkan di Facebook taman negara itu kelmarin, lalu menarik perhatian ramai netizen di Thailand. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka



Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker