Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

BANGKOK – Seorang wanita Thailand yang bersenjatakan sebilah pedang samurai dilaporkan menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka kerana enggan melakukan hubungan intim dengannya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pasangan itu memaklumkan bahawa mereka berkali-kali diugut sehingga terpaksa melarikan diri dari Bangkok tetapi wanita itu masih mengekori mereka.



Netizen Thailand berkongsikan sebuah klip video memaparkan seorang wanita berpakaian berwarna biru cuba menikam seorang lelaki di hadapan rumahnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Air, 38, itu memberitahu media Thiland bahawa dia dan wanita dikenali sebagai Aum, 40, itu telah berkawan selama setahun.

Mereka mengenali antara satu sama lain ketika masing-masing sudah mempunyai pasangan. Bagaimanapun, Air berkata bahawa dia sering diminta oleh Aum untuk melakukan hubungan intim dengannya, namun ditolak.

Akibat tidak dapat menahan sikap aneh wanita tersebut, Air memutuskan untuk melarikan diri dari Bangkok ke wilayah Phetchabun. Lelaki itu menambah bahawa Aum pernah pergi ke rumah isterinya di Nonthaburi dan mengugut anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun.



Video yang dimuat naik di media sosial dirakam oleh isteri Air dan dia mengesyaki bahawa Aum mempunyai gejala penyakit psikotik.

Mereka masih belum melaporkan kejadian itu kepada polis kerana baru sahaja berpindah. K Online

Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup



Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker