Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir

Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir

Tidak mudah untuk kerajaan membentang dan meluluskan rang undang-undang lompat parti memandangkan jemaah menterinya turut terdiri daripada “katak politik,” sindir veteran Umno, Shahrir Samad.

Dia berkata 39 ahli parlimen yang berada di Dewan Rakyat ketika ini terdiri daripada mereka yang telah lompat parti.



“Tidak mudah bagi sebuah kerajaan yang jemaah menterinya terdiri juga dari mereka yang pernah lompat parti untuk bersetuju dengan tafsiran ‘lompat parti’ atau ‘katak politik’.

“39 ahli parlimen dalam parlimen ke-14 pernah lompat keluar dari parti asal mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Kerana mereka lompat, sama ada mereka tidak didakwa ataupun mereka dapat jawatan yang lebih baik dari semasa mereka berada dalam parti asal mereka,” katanya pada satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan kerajaan tidak akan meneruskan rancangan untuk membentang dan meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan untuk menghalang ahli parlimen daripada lompat parti.



Beberapa sumber yang tahu berkenaan perkara ini memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet sebaliknya memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan perundangan “antilompat” di masa akan datang.

Menurut sumber, sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini bagaimanapun dijangka akan diteruskan seperti dirancang.

Kerajaan telah memberi taklimat beberapa kali kepada ahli parlimen berkenaan kandungan RUU tersebut dan mendapatkan maklum balas mereka.

Namun, perincian RUU tersebut belum dimaklumkan sepenuhnya.



Mengulas lanjut, Sharir memberi contoh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Jeli Mustapha Mohamed merupakan pemimpin politik yang tidak didakwa meskipun menerima dana daripada bekas perdana menteri Najib Razak kerana lompat parti.

“Hamzah Zainudin dan Dr Latif Ahmad dapat jadi menteri kanan atau menteri kerana mereka lompat masuk PPBM (Bersatu). Hamzah pegang jawatan menteri yang kanan.

“Dr Latif sudah terlalu lama berjawatan sebagai timbalan menteri dan sebelum PRU ke-14 pun, telah menjadi ahli parlimen biasa. Selepas lompat parti, baru jadi menteri penuh.

“Rezeki kan. Tak beramanah ke, itu soal lain. Ianya rezeki yang tidak boleh ditolak? Tapi buat masa ini, susah nak setuju pasal lompat parti.



“Prinsip pun berlain. Ada yang anggap ianya satu pengkhianatan. Ada yang pertahankannya sebagai satu ‘ibadah’. Mereka duduk semeja pula tu,” kata Shahrir lagi. Mk

Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup



Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker