Rangka kanak-kanak dipercayai ada kaitan mayat wanita dalam gaung

SEREMBAN: Polis menemukan rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof, berkata penemuan rangka manusia pada kira-kira 11 pagi itu membabitkan tengkorak, gigi geraham dan cebisan tulang dipercayai mempunyai kaitan dengan tiga suspek yang ditahan sebelum ini berhubung kes penemuan mayat wanita tanpa identiti dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Bukit Putus, 20 Mac lalu.

Beliau berkata, rangka kanak-kanak itu ditemukan bertaburan di atas tanah dan dilitupi daun kering kira-kira 10m dari lokasi asal pencarian sejak 28 Mac, setelah polis membawa dua daripada suspek berkenaan ke lokasi kejadian.

“Penemuan rangka ini melibatkan kes kanak-kanak hilang sebelum ini, kami percaya tulang ini berkemungkinan adalah milik mangsa, bagaimanapun kita masih lagi menyiasat dengan proses forensik dan patalogi akan dilakukan untuk mengesahkanmya

“Kemungkinan dalam tempoh dua ke tiga bulan (meninggal dunia) sebelum rangka ditemui. Namun mayat wanita yang ditemukan di gaung itu tiada kaitan dengan kanak-kanak ini, tetapi dipercayai masing-masing pernah tinggal bersama suspek,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Nanda yakin melalui penemuan rangka kanak-kanak tersebut, polis sekali gus akan dapat menyelesaikan kes penemuan mayat wanita di dalam gaung berkenaan dan kertas siasatan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya secepat mungkin.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di Kilometer 14, Jalan Bukit Putus oleh seorang lelaki ketika berjoging dan mengambil gambar di kawasan tersebut.

Susulan kejadian itu, tiga individu iaitu dua lelaki, masing-masing berusia 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berusia 18 tahun yang mempunyai talian persaudaraan direman sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker