Zamani Slam goyang jadi juri



Zamani Slam goyang jadi juri

Penyanyi Zamani Slam, 51, agak bimbang sekiranya mendapat tawaran menjadi juri mahupun tenaga pengajar sesebuah program pencarian bakat menyanyi.

Zamani berkata program sebegitu sememangnya menuntut ketelitian yang tinggi dalam mengadili peserta supaya tidak melakukan silap dalam membuat keputusan.

“Saya okay saja sekiranya dapat tawaran sebegitu. Kalau penerbit program terbabit merasa saya ada kelayakan, saya terima.

“Maklumlah, untuk mengadili orang ini bukannya perkara mudah. Pertama saya takut silap, dan kedua, saya juga adalah seorang penyanyi.




“Cuma apa yang ditakutkan adalah tersilap membuat pilihan saja. Jadi, kalau nak memberi komen misalnya perlu kena ada butiran terperinci,” katanya.

Zamani yang juga pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza 5 pada 2018 turut kerap mengikuti pelbagai program pencarian bakat di TV ketika ini.

Baginya, ia penting untuk kelangsungan karier.

“Apabila terbabit dalam program yang memiliki reputasi bagus, ia bermanfaat sebenarnya. Boleh juga membantu untuk naikkan nama saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zamani bakal tampil dengan sebuah lagu bersama Zynakal yang juga anak buahnya.




“Tajuk lagu itu adalah Salah Apa. Rakamannya sudah pun siap dan jiwanya lebih ke arah muzik Zynakal serta mengikut trend muzik sekarang,” katanya.
HM

Zamani Slam goyang jadi juri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie



Leave a Reply

Your email address will not be published.