Dana Masuk Akaun Najib Dan Telah DIKEMBALIKAN, Media PH Lapor “Half-truth”

Oleh Nurul Aisyah

PENGANIAYAAN terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dari pelbagai sudut semakin menjengkelkan. Media pro Pakatan Harapan (PH) dilihat mengambil kesempatan untuk membuat pemberitaan “half-truth” mengenai Datuk Seri Najib semata-mata untuk memberi gambaran negatif. Mungkin mereka lupa bahawa semakin kuat mereka menganiaya Datuk Seri Najib semakin kuat sokongan rakyat Malaysia terhadap beliau.

Lebih-lebih lagi rakyat dapat melihat dengan jelas kegagalan pemerintahan PH selama 22 bulan diikuti dengan kerosakkan ekonomi yang dibuat oleh Perikatan Nasional (PN).



Media pro PH suka membuat tajuk berita dana masuk ke dalam akaun atas nama Datuk Seri Najib tetapi mereka tidak pernah keluarkan “headline” bahawa dana tersebut turut dikembalikan, sumber dana dari mana lagi yang Datuk Seri Najib pernah terima, apa yang Datuk Seri Najib beli dengan dana itu samada untuk kegunaan peribadi beliau ataupun di mana dana tersebut sebenarnya digunakan.

Tajuk berita semalam oleh media pro PH mengatakan RM2.28 bilion masuk ke dalam akaun DSN sahaja sedangkan menurut FBI US$681 juta masuk ke akaun DSN tetapi US$620 juta telah dipulangkan kepada penghantar.

US$681 juta ini pernah masuk ke akaun atas nama DSN di bank tempatan pada bulan Mac dan awal bulan April 2013 sebelum PRU13.
Ketika itu kadar pertukaran wang ialah sekitar US$1 = RM3.00
Apabila dana asing masuk bank tempatan, ianya ditukar menjadi Ringgit Malaysia.

Menurut FBI , US$620 juta telah dikembalikan. Ini tidak bermakna DSN simpan US$60 juta. Ketika dana US$681 juta yang sudah ditukar ke Ringgit Malaysia dikembalikan kepada penghantar pada bulan Julai dan Ogos 2013, nilai Ringgit telah melemah ke US$1 = RM3.30 – iaitu penurunan nilai sekitar 10%. Sebab itu, US$620 juta telah dipulangkan.



Propaganda pembangkang selalu menuduh DSN tidak tahu ada orang masuk duit dalam akaun saya. Beliau tidak pernah mengatakan demikian.

Sebenarnya menurut DSN, beliau tidak tahu dari sumber dana mana yang dimasukkan ke dalam akaun beliau namun akhirnya ia boleh dikesan ialah dari SRC atau 1MDB.

Saya dijanji oleh Raja Saudi untuk dibantu dengan dana sehingga US$1 bilion bagi mengekalkan pentadbiran BN yang moderate.
Pada permulaannya, sekurang-kurangnya RM620 juta yang berasal dari akaun bank Kementerian Kewangan telah dibayar ke akaun atas nama saya.- Datuk Seri Najib

Fakta ini telah dibuktikan oleh pihak bank dan SPRM dalam mahkamah. Namun selepas itu, dana-dana lain yang dimasukkan berhubung dengan janji Raja Saudi dan surat putera Arab boleh dikesan berpunca dari SRC dan 1MDB.



Dana ini bukan dimasukkan terus dari akaun bank 1MDB dan SRC tetapi melalui transaksi-transaksi yang kompleks di luar negara – tidak mungkin untuk DSN mengesannya sekiranya beliau mengendalikan akaun bank secara peribadi (tugas ini telah diberi kepada mendiang pegawai kanan DSN yang kemudiannya menugaskan seorang lagi pegawai)

Oleh itu, DSN telah mengarahkan gabenor BNM ketika itu untuk memantau akaun bank beliau untuk memastikan semua kemasukan dana adalah sah tetapi mana mungkin DSN tahu waktu itu bahawa keluarganya(Zeti) telah menerima dana sehingga RM700 juta dari Jho Low.

Tiada orang dengan niat mencuri duit akan curi dana dari 1MDB untuk diletakkan dalam akaun sendiri dalam negara.

Kesemua sumber dana 1MDB adalah dari sumber pinjaman yang akhirnya perlu dibayar balik. 99.9% daripada dana yang diterima samada dari sumber kementerian kewangan Arab Saudi atau dari sumber lain telah dibelanjakan untuk tujuan CSR secara terus atau melalui parti politik dan juga untuk tujuan politik.



Tidak ada satu sen pun digunakan untuk peribadi DSN. IOleh kerana itu, DSN tidak pernah didakwa bawah kanun keseksaan penyelewengan harta (seperti Guan Eng dan Syed Saddiq), mencuri, merompak, menerima rasuah atau meminta rasuah (seperti Guan Eng juga) tetapi didakwa bawah AMLA.

Tiada sebarang bukti bahawa DSN pernah arahkan atau meminta 1MDB membayar beliau. Tiada bukti DSN menggunakan dana itu bagi peribadi beliau ataupun merancang dengan mana-mana pihak untuk menyelewengkan dana 1MDB atau SRC.

Perkara-perkara penting ini tidak pernah dilaporkan oleh media pro PH. Oleh itu, jangan jadikan media pro PH sebagai rujukan. Laporan mereka “half-truth”. Ianya penuh dengan agenda PH untuk menganiaya DSN.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker