Khairuddin ucap tahniah pada Zawawi

Ketegangan seputar pengguguran Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS dilihat semakin kendur.

Khairuddin sebentar tadi mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II  Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menurutkan akan mengisi kekosongan ditinggalkannya.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, timbalan menteri pertanian dan industri makanan II di atas pelantikan sebagai setiusaha Majlis Syura Ulama PAS yang baharu,” kata Khairuddin ringkas.



Bagaimanapun, setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi berkaitan pelantikan Zawawi.

Reaksi Khairuddin itu berbeza sama sekali dengan nadanya selepas Presiden PAS Hadi Awang mendedahkan jawatankuasa pusat parti membatalkan pencalonnya sebagai anggota Majlis Syura.

Pembatalan itu sekali gus menyebabkan kelayakannya sebagai setiausaha MSU turut hilang.

Khairuddin sebelum ini tidak mengulas secara khusus.



Dia hanya berkongsi fasal dalam perlembaan PAS berkaitan tatacara perlantikan dan pemecatan setiausaha majlis Syura yang membayangkan dia tidak mengiktiraf tindakan itu.

Langkah itu juga dilihat susulan kecenderungan Khairuddin untuk kerjasama dengan Umno, ketika PAS dilihat lebih cenderung kepada Bersatu.

Pagi tadi, Kharuddin mengumumkan dia ‘meletakkan jawatan’ sebagai setiausaha MSU setelah secara tidak langsung memberitahu masih menyandang jawatan itu sehingga malam tadi.

“Saya dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS yang diadakan secara hibrid pada malam semalam, 20 Februari 2022, jam 9 malam sebagai ahli dan setiausaha MSU,” katanya



Khairuddin ucap tahniah pada Zawawi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar



Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker