Nelayan Rusia temui anak naga

Nelayan Rusia temui anak naga

MOSCOW – Seorang nelayan Rusia menemui sejenis makhluk laut yang mempunyai rupa seperti seekor anak naga, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Roman Fedortsov, 39, menangkap ikan kod, haddock dan tenggiri menggunakan pukat tunda komersial dan kadangkala, pukatnya mencapai kedalaman sehingga 914 meter di bawah permukaan laut.



Aktiviti menangkap ikan laut dalam itu menyaksikan Fedortsov kerap menemui haiwan aneh dan yang terbaharu, makhluk laut itu yang digelar sebagai ‘anak naga baru menetas’ oleh pengguna media sosial.

Haiwan itu bagaimanapun dikenal pasti sebagai chimaera iaitu ikan rawan atau juga jerung hantu.

Fedortsov turut menemui makhluk laut lain yang kelihatan mirip dengan burger keju dan donat.

Itu hanyalah tiga daripada pelbagai spesies laut pelik dan indah yang ditemui oleh Fedortsov. Dia menjadi sensasi di internet kerana kerap memuat naik gambar hidupan laut luar biasa.



Fedortsov menemui kebanyakan hidupan unik itu di laut Norway dan Barents, utara Rusia.

“Semua jenis ikan cantik dengan cara tersendiri. Saya tidak menganggap hidupan ini menakutkan atau hodoh,” kata Fedortsov. K Online

Nelayan Rusia temui anak naga


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]



Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker