GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%

GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%

Sebuah kumpulan pengguna menggesa Bank Negara (BNM) dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelaskan mengapa pengendali skim pinjaman mikro dibenarkan mengenakan kadar faedah luar biasa tinggi.

Setiausaha Agung Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM) Sukhdave Singh mempersoalkan kadar faedah berbeza yang dikenakan oleh GOpinjam dengan berkata, kadar maksimum 36% setahun itu “membingungkan”.



“Ia seperti faedah yang dikenakan oleh lintah darat,” katanya kepada FMT.

Skim GOpinjam yang ditawarkan oleh Touch ‘n Go Group (TNG) dan CIMB Bank Bhd mendapat perhatian susulan kadar faedah yang dikenakannya, iaitu antara 8% hingga 36% setahun, bergantung pada jumlah dan tempoh pinjaman.

TNG semalam berkata, skim itu yang menawarkan pinjaman peribadi antara RM100 hingga RM10,000, mematuhi garis panduan pinjaman BNM.

Sukhdave menggesa garis panduan pinjaman disemak semula secara menyeluruh bagi memastikan skim pinjaman itu tidak mendedahkan peminjam kepada risiko kewangan yang tinggi.



“MCM menasihatkan bakal peminjam supaya menunggu penjelasan daripada pihak terbabit sebelum membuat sebarang pinjaman,” katanya.

“Kami menggesa TNG dan CIMB memberikan maklumat terperinci tentang cara sebenar produk ini berfungsi.”

Perancang kewangan Robert Foo turut menyuarakan kebimbangannya.

“Sila berikan kami butiran penuh,” katanya kepada TNG.



Pada Rabu, bekas perdana menteri Najib Razak berkata, kadar faedah yang tinggi itu dikhuatiri “terlampau membebankan” pengguna. FMT

GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]



https://mykmu.net/2022/04/06/zoey-rahman-kini-rapat-dengan-shakira-stephen-setelah-tiada-jodoh-dengan-zarina-anjou

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker