Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa



Aizat, Elyssa Bahagia Jalin cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa

Penyanyi Aizat Amdan mengakui sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan wanita dikenali Elyssa Alia.

Aizat berkata, dia sudah mempunyai perancangan untuk membawa hubungan yang dibina ke fasa serius apabila sudah merisik teman wanitanya itu pada 12 Februari lalu.

“Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia adalah insan istimewa dalam hidup saya

Aizat berkata, dia sudah mempunyai perancangan untuk membawa hubungan yang dibina ke fasa serius apabila sudah merisik teman wanitanya itu pada 12 Februari lalu.




“Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia adalah insan istimewa dalam hidup saya.

“Mudah cakap dia adalah teman wanita sayalah. Untuk hal-hal lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, di sini, semalam.

“Bagi saya, Elyssa seorang yang sangat istimewa dan penyayang. Dia sangat sukakan budak-budak. Itu ciri yang membuatkan saya jatuh hati kepadanya.

“Insya-Allah kalau tiada aral melintang, akan langsung tahun ini. Sekarang saya tak boleh nak beri kata putus lagi,” katanya.




Kekasih yang juga dikhabarkan bakal isteri kepada penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia, 34, mendedahkan hatinya mula terbuka untuk menerima kehadiran lelaki itu sebagai teman hidup setelah merasakan Aizat mampu menjadi imamnya.

Kata Elyssa, di matanya, Aizat dilihat sebagai seorang lelaki berpegangan agama yang cukup dan ia menguatkan lagi nalurinya bahawa dialah lelaki tepat yang mampu membimbingnya ke jalan yang baik.

“Terus-terang, apa yang membuatkan saya suka pada dia ialah pegangan agamanya. Dia nampak sangat ‘chill’ dan tentunya semua orang nak berubah ke jalan yang baik. Aizat adalah lelaki pertama yang imamkan saya waktu bulan puasa tahun lepas.

“Jadi, ia buat saya rasa dia mampu bimbing saya ke arah lebih baik. Bagi saya, dia mempunyai hati yang sangat besar di sebalik orang tengok dia begitu.

“Sekarang ini, kalau kami pergi solat, memang dia akan jadi imam saya, Alhamdulillah,”katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, di sini, semalam.

Selain itu, kata Elyssa, dia juga tidak dapat mendedahkan secara terperinci mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka namun mengaku majlis merisik sudah diadakan pada 12 Februari lalu.

Selain itu, ditanya mengenai perkenalan mereka, kongsi Elyssa, mereka awalnya menjalin hubungan persahabatan dan sering menjadi teman makan memandangkan kedua-duanya sukakan makanan.




“Peliknya, saya kenal adik dia dulu, Alif dan kawan-kawan baiknya yang lain, tapi tidak dirinya. Itulah yang dinamakan jodoh agaknya, pusing jauh macam mana pun, tetap jodoh. Nak jadikan cerita, mak saya pun kenal dengan arwah ayah Aizat.

“Bagi saya, perkenalan dan hubungan saya ini sudah diatur cantik oleh Tuhan. Kami berdua pun suka makan. Saya tak pernah kenal lelaki yang suka makan macam saya, dan dia pula tak pernah kenal mana-mana perempuan yang makan banyak daripada dia. Agaknya dari situ timbul rasa suka,”selorohnya.

Menganggap Aizat umpama sahabat baiknya, kata Elyssa, dia juga kini membantu teman istimewanya itu mengendalikan syarikat milik Aizat, Kasi Gegar Entertainment (KGE) dan menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Syarikat.

Untuk info, sebelum ini Elyssa pernah menjadi hos untuk program Jom Wayang disaluran HyppTV dan kemudian beralih ke stesen radio RAKITA sebagai seorang penyampai. UM/HM

Aizat, Elyssa Bahagia Jalin cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.