Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Ramadhan 2022  meriah kembali dengan bazar ramadan yang kembali dibenarkan beroperasi. Jom tengok senarai bazar ramadhan terbaik di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang kami buat ni!
Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang
Ramadhan atau Ramadan, ada apa dengan ejaan? Yang pasti, kita memang teruja setiap kali tibanya bulan mulia ni. Ya lah, inilah masa kita berlumba-lumba nak kumpul pahala berganda-ganda. Betul tak?Namun, dalam masa kita sibuk beribadat, sudah pasti anda juga ternanti-nanti masa berbuka puasa. Dan ramai orang memang berkunjung ke bazar ramadhan yang mewah dengan pelbagai jenis makanan untuk berbuka puasa atau moreh.Ya! Sambutan Ramadan meriah dari sebelumnya memandang kita te;ah memasuki peralihan Fasa Endemik Covid-19 bermula 1 April 2022

 

 

Maka, sempena meraikan kembalinya kemeriahan ni, kami sediakan senarai 18 bazar ramadan 2022 di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor untuk anda berserta beberapa projek hartanah untuk anda cuci mata!



1) Bazar Ramadhan Jalan TAR

 
Kelebihan: Di tengah-tengah KL. Air murah harganya.
Makanan Terkenal: Cendol dan Air Mata Kuching (RM2 sahaja)
Setelah dipindahkan beberapa tahun lalu bazar ramadhan Jalan TAR ini berada dilokasi berhadapan dengan Dataran Merdeka.

Bazar Ramadhan Kuala Lumpur

2) Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Kuala Lumpur

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi padang, semuanya boleh didapati di Bazar Ramadan TTDI! Bazar ini antara yang paling dikenali di KL kerana kualiti makanannya yang sedap, setanding dengan harga.

Tak nak sesak? Datanglah awal! Bukan apa, banyak perumahan yang ada di sekeliling kawasan TTDI ni dan ia juga kawasan tumpuan ramai sebab makanan sini memang sedap-sedap terutama pulut udangnya.

Jadi, boleh bayangkan tak betapa ramai pengunjungnya nanti? Mestiberhimpit-himpit macam sardin, jadi jangan lupa amalkan penjarakan sosial dan pakai pelitup muka tau!



 

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

kredit pic: expatgo.com

Sambil-sambil tengok makanan tu, cuba tengok juga pelbagai projek perumahan yang terdapat di sini seperti Sri TTDILifestyle SuitesStellar ResidencesTTDI AscenciaRencana Royale dan The Greens, Taman Tun Dr. Ismail.



3) Bazar Ramadhan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Bermula dari Jalan Sultan Ismail dan Jalan Berangan sehingga ke pintu gerbang Ain Arabia dipenuhi dengan gerai makanan yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bukit Bintang.

Manalah tahu tekak tiba-tiba nak makan masakan Thai atau Arab ke, boleh lah pergi ke Sup Tom Yam di Alor Food Corner dan Nasi Briyani Ayam Saffron yang boleh tahan sedapnya!

 



Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

kredit pic: discoverkl.com

Bau kambing bakarnya pula sangat menggiurkan sehingga boleh dihidu penduduk berdekatan seperti penghuni di Regalia@Sultan IsmailCasa ResidensiVerticas Residensi dan Star Residences.

4) Bazar Ramadan Bangsar

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang



Bazar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar ni memang dikenali kerana pelbagai juadah berbuka puasa yang sedap-sedap. Antaranya, ayam bakar, ikan bakar, kambing bakar, sotong bakar, pelbagai jenis kuih muih semuanya ada di sini!

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Bazar Ramadhan Bangsar ni memang jadi tumpuan ramai terutamanya yang duduk di projek hartanah seperti Nadi Bangsar Service ResidenceResidensi KerinchiThe Goodwood ResidenceThe Park Residences,  dan South Link, Bangsar South.

Apa tunggu lagi, jom serbu bazar ini nanti!



5) Bazar Ramadhan Kampung Baru

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Kampung Baru ni memang tak perlu diperkenalkan lagi, sama ada bulan Ramadhan atau tak, memang jadi tumpuan warga kota disebabkan pelbagai kedai makan sedap ada di sini.

Sepanjang Ramadhan, jalan di Kampung Baru ni memang dipenuhi dengan pelbagai gerai menjual makanan sedap-sedap seperti bihun singapura dan murtabak. Jangan lupa cari juga bubur lambuk Kampung Baru yang terkenal seluruh Malaysia!

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Kampung Baru ni antara kawasan berpotensi tinggi sebab terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur tapi isu pembangunan semulanya memang penuh drama! Tapi, antara projek hartanah menarik yang ada di sini ialah The Luxe By Infinitum dan Setia Sky Residences.

6) Bazar Ramadhan Taman Melawati

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Bazar yang terletak di Lorong Selangor, Taman Melawati ni dianggap yang terbesar dan paling meriah di Kuala Lumpur, rugi tak datang.

Ada banyak gerai menjual makanan sedap-sedap seperti popiah basah, roti john dan paling istimewa tentulah ayam claypot dan tepung pelita.

Kawasan padat penduduk di Lembah Klang ni juga mempunyai pelbagai projek hartanah terbaik seperti KL East : The RidgeSERINI MelawatiPlatinum Hill PV 8 dan Sunway Montana, Melawati.

 

Bazar Ramadhan Selangor

7) Bazar Jalan SS13, Subang Jaya, Selangor

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

‘Budak Subang Jaya, memang ada gaya. Macam hari-hari, hari raya’ kata Joe Flizzow. Ya! Subang Jaya ternyata meriah dengan adanya Bazar Jalan SS13.

Sepanjang bulan puasa, Nasi Kerabu di sini menjadi salah satu tarikan untuk penduduk di Subang Jaya atau di sekitarnya seperti Shah Alam dan Puchong. ‘Sedak boh!’, bak kata orang Kelantan.

Lokasinya juga strategik kerana terletak di kawasan tumpuan penduduk berdekatan kerana Subang Jaya ni memang kawasan pembangunan yang sudah matang dan lama wujud seperti Saujana ResidencyThe Grand SubangSunway GEO Residences, Bandar Sunway dan Lot 15, SJCC.

8) Bazar Stadium Shah Alam, Selangor

 

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

kredit pic: foodadvisor.my

Sebut saja stadium Shah Alam, semua orang tahu. Bahkan, bazar di sini cukup terkenal bagi penduduk luar Shah Alam. Ada yang sanggup memandu berjam-jam semata-mata nak merasa nasi kukus dan pau ayam panggang yang ada di sini!

Shah Alam ni juga meriah kerana ia adalah bandar dipenuhi pelbagai institusi pendidikan seperti UiTM Shah Alam, UNISEL, MSU dan banyak lagi. Jadi, memang jadi habuanlah bazar Stadium Shah Alam ini!

Di sekitarnya juga banyak projek hartanah yang menawan seperti Emira ResidencesElysium Seksyen 13V-Residensi 2Metia Residence dan iSOHO i-City, Shah Alam

9) Bazar Ramadhan Bangi

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Di Bangi ni, ada beberapa bazar Ramadhan yang anda boleh kunjungi, maklumlah kawasan majoriti Melayu ni kenalah ada banyak bazar Ramadhan, barulah boleh penuhi semua permintaan!

Antara yang paling terkenal adalah di Seksyen 7 dan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Macam-macam ada di sini, tapi yang paling menarik adalah nasi kerabu, ayam golek dan popia basah. Memang asli dan sedap!

Bangi ni juga mempunyai banyak projek hartanah menarik seperti EVO SoHo SuitesVerna @ Serene HeightsApartment Putra 1, Bangi dan Southville City, Bangi.

 

Bazar Ramadhan Pulau Pinang

10) Bazar Jalan Makloom, Georgetown

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Asyik makanan berat saja, tak boleh juga. Kenalah ada pemanis mulut untuk menu berbuka puasa. Di Jalan Makloom ni, apam balik dan lemang memang dicari orang ramai.

Suasana Bazar Jalan Makloom ini memang meriah sebab dikelilingi beberapa projek hartanah terbaik seperti  Residence 21Taman Seri Perak dan Jay Series Condominium.

Sambil berjalan-jalan mencari pencuci mulut itu, boleh lah bertegur sapa dan berkenalan dengan jiran-jiran sekeliling. Bak kata orang, sambil menyelam minum air!

11) Bazar Little India, Georgetown

 

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

kredit pic: thestar.com

Mesti anda tertanya-tanya kenapa nama bazar ini Little India. Sebenarnya, dekat sini ada banyak makanan India Muslim seperti roti canai, samosa, kek muntri, soan papdi, dan badam peda. Sebab itulah wujudnya nama Little India!

Cubalah rasa dulu baru tahu betapa padunya makanan-makanan di sini, sambil tengok-tengok projek hartanah terbaru di kawasan ni, Beacon Executive Suites.

12) Bazar Ramadhan Bayan Baru

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Bazar Ramadhan Bayan Baru Pulau Pinang ni antara bazar terbesar di Pulau Pinang, boleh cecah 300 gerai! Memang rambang mata memilih dan penat berjalan nak beli makanan.

Antara menu Ramadhan yang jadi pilihan ramai termasuklah ayam percik, kambing bakar, gulai kenduri dan pelbagai jenis air.

Kawasan sekitar Bayan Baru ni juga mempunyai banyak projek hartanah menarik seperti Havana Beach ResidencesQueens Residences Q1 dan Queens Waterfront.

13) Bazar Ramadhan Seberang Jaya

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Bazar Ramadhan Seberang Jaya di Pulau Pinang ni antara yang terbaik wujud di Seberang Prai.

Keistimewaan di sini adalah Murtabak Lee yang khabarnya memang ramai sanggup beratur panjang dan tunggu lama. Selain tu, gulai kawah batang pisang dan kuih dangai turut jadi perhatian.

Antara projek hartanah menarik di Seberang Jaya ni adalah Primero Garden dan The Paradigm Suites.

 

Bazar Ramadhan Johor

14) Bazar Ramadan Plaza Angsana

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Kalau anda ke Bazar Ramadhan Plaza Angsana ni, anda boleh tengok bazarnya dibahagikan mengikut stesen jenis jualan. Senang nak pilih beli apa, tak perlu buang masa sangat. Antara makanan yang menjadi perhatian adalah bermacam-macam jenis kerepek Johor seperti kerepek ubi kayu, kerepek pedas dan kerepek pisang.

Selain itu, air mangga yang menggiurkan juga menjadi habuan ramai sebagai juadah berbuka.

Antara projek hartanah berdekatan di sini adalah seperti Dwi Mahkota Condominium dan Jentayu Residensi, manalah tahu kalau pergi ternampak dan tertarik nak tahu dan tanya-tanya harga.

15) Bazar Ramadan Pagoh

 

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

kredit pic: johornow.com

Pagoh dikenali sebagai Bandar Universiti Pagoh kerana kewujudan Institusi Pendidikan Tinggi seperti UIAM, UTM dan UTHM.

Untung siapa yang menetap di sini sebab ada kelainan yang dibawa oleh Bazar Ramadan Pagoh pada tahun ini iaitu servis e-bazar. Semua makanan boleh ditempah secara atas talian saja dan dihantar terus ke rumah anda.

Apa yang best? Mestilah Laksa Johor! Ia merupakan ‘trademark’ orang Johor tau. Tambahan pula, Mee Bandung Muar di sini ada ‘nilai pasaran’ kerana mempunyai kualiti rasa yang tersendiri. Menariknya!

Kawasan ni juga mempunyai beberapa projek hartanah terbaik seperti Harmoni Vista Terrace dan Harmoni Permai.

16) Bazar Ramadan Kampung Melayu Majidee

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Terletak berhadapan Medan Selera Kampung Melayu Majidee, bazar ramadhan ni mempunyai lokasi strategik, senang nak cari.

Antara makanan pilihan ramai tentulah Asma Rojak Larkin, rojak kek ikan parang, rojak tempe, rojak ketam isi, rojak tauhu dan macam-macam lagi! Harganya juga tak terlalu mahal. Memang padu sebagai pembuka selera waktu moreh!

Kampung Melayu Majidee ni juga adalah tanah rizab Melayu yang terpelihara dan dipertahankan kerajaan negeri. Jom tengok beberapa senarai hartanah untuk dijual yang ada dalam laman web kami ni.

17) Bazar Ramadan Pantai Dalam, KL

Kelebihan: Dekat stesen LRT “University”.
Makanan Terkenal: Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi.

18) Bazar Ramadan Kelana Jaya

Kelebihan: Terletak di seberang Mini Market Giant di Jalan SS6/1, Kelana Jaya.
Makanan Terkenal: Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu tanpa tambahan, Nasi Goreng dan Sotong Bakar.

 

Bazar Ramadan Patuh SOP Cegah COVID-19!

Ramadan, berbuka puasa, bazar ramadhan, bazar ramadan, bazar ramadhan kuala lumpur, bazar ramadhan selangor, bazar ramadhan johor, bazar ramadhan pulau pinang

Dalam kemeriahan pergi ke bazar Ramadhan selepas tahun lepas dibatalkan, kita masih perlu berhati-hati sebab wabak COVID-19 masih menular dalam komuniti.

Bazar Ramadhan beroperasi semula pada 2022 ni memang akan dapat membantu ramai peniaga kecil yang terjejas teruk kerana pandemik COVID-19 sebelum ini

Sebagai pengguna, kita pun kenalah jalankan tanggungjawab dengan patuhi SOP yang disediakan, peniaga pula kenalah berniaga menjual menu buka puasa yang elok dan sedap!

Semoga Ramadhan 2022 ni diberkati dan amalan kita diterima Allah Azawajal

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker