Pesawat Kargo Patah Dua Selepas Tergelincir Di Landasan Kerana Masalah Hidraulik [VIDEO]

Pesawat Kargo Patah Dua Selepas Tergelincir Di Landasan Kerana Masalah Hidraulik [VIDEO]

SAN JOSE: Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose di Amerika Syarikat ditutup sementara selepas sebuah pesawat kargo DHL tergelincir daripada landasan dan patah dua.

Tiada anak kapal dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku pada Khamis itu.

Pengarah Jabatan Bomba Costa Rica, Hector Chaves berkata, selepas melakukan pendaratan, pesawat berkenaan tergelincir lalu patah dua menyebabkan kargo di dalamnya terdedah.

“Beberapa unit penyelamat telah dikerah bagi mengeluarkan kedua-dua juruterbang di dalam pesawat berkenaan.

“Anggota kami juga telah menyembur buih bagi mengelak tumpahan minyak memasuki sistem saliran,” katanya

Jurucakap syarikat DHL, Daniel McGrath berkata, kedua-dua juruterbang tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Namun seorang daripadanya kini menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Tambahnya, syarikat itu sedang bekerjasama dengan pihak lapangan terbang bagi mengalihkan pesawat berkenaan.

Siasatan terperinci juga sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pesawat itu hanya dinaiki dua juruterbang ketika kejadian.- Daily Mail 

Pesawat Kargo Patah Dua Selepas Tergelincir Di Landasan Kerana Masalah Hidraulik [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker