Misteri Bau Busuk Rumah Jiran Terungkai Akhirnya

Misteri Bau Busuk Rumah Jiran Terungkai Akhirnya

NILAI: Bau busuk dihidu jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Seri Batu 8 Labu, pada Rabu.

Ketua Polis daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada individu berkenaan bau busuk yang datang dari rumah jirannya kira-kira jam 7 malam.



“Sebaik tiba, polis mendapati rumah berkunci dan pihak bomba telah dipanggil untuk memecahkan pintu rumah berkenaan sebelum menjumpai mangsa yang disyaki telah meninggal dunia lebih kurang empat hari.

“Berdasarkan identiti mayat adalah seorang lelaki berumur 50 tahun dan tinggal bersendirian sejak kematian ahli keluarga yang lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan awal tempat kejadian telah dilakukan bersama pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

“Mayat berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan siasatan lanjut diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penemuan mayat ini boleh menyalurkannya kepada balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.-SH

Misteri Bau Busuk Rumah Jiran Terungkai Akhirnya



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim



Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker