Resepi Ayam Masak Cili Kering

Resepi Ayam Masak Cili Kering

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:25 minit,
Jumlah Hidangan:5-6 orang

Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 minggu bekerja ni, dengan PDPR lagi masing-masing takda masa sangat nak masak lauk yang complicated kan. Jom kita sediakan Ayam Masak Cili Kering. Resepi ni diadaptasi dari masakan Chinese style iaitu Ayam Sechuan tetapi dah di olah lah ikut bahan-bahan dan citarasa Che Nom sendiri.

Dari segi rasa, siapa suka makan pedas tu pasti akan suka rasa masakan ayam cili kering ni. Ayam kita perap dan goreng garing, kemudian kita masak bersama bahan tumisan termasuk lah cili kering. Dan masakan ni Che Nom biasa hidang dengan telur goreng.



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk ayam goreng:

1 ekor ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan untuk kuah:



1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
cawan air
1 sudu besar kicap pekat manis

Bahan-bahan untuk lain:

Minyak masak
3 ulas bawang putih
1-2 biji bawang merah kecil
2 inci halia
sudu kecil serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang
5 tangkai cili kering
Lada benggala
Sedikit air untuk kuah
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:



Cara-cara untuk goreng ayam:

Potong ayam kepada kiub kecil.
Masukkan garam, sebuk kunyit, serbuk lada hitam, kicap pekat manis, kicap cair dan gaul sebati.
Taburkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sekata.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak keperangan.

Cara-cara untuk kuah:

Bancuh tepung jagung, sos tiram, air dan kicap pekat. Kacau sehigga larut
Panaskan miyak dan tumis hirisan bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
Masukkan cili kering (yang telah direndam air panas) dan kacau 2-3 minit.
Masukkan hirisan daun bawang (bahagian putih), serbuk lada hitam dan ayam goreng. Kacau sekata.
Masukkan lada benggala, bancuhan tepung jagung tadi, air, hirisan daun bawang (bahagian hijau) dan garam.
Hidang bersama nasi putih panas dan telur goreng.

Tips:

Gunakkan halia muda untuk rasa yang lebih sedap
Lebihkan air kalau nak lebih berkuah.

Resepi Che Nom

Resepi Ayam Masak Cili Kering


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker