Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video)

Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta

Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdepan kesukaran untuk mengikuti Pembelajaran Jarak Jauh (ODL) selepas menara telekomunikasi di daerah Telupid, Sabah rosak kerana terbakar.

Anis Arina Aqilah Roslee, 23 yang kini berada di semester enam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial berkata, sejak kejadian itu, beliau terpaksa memandu keluar dari kampungnya bagi mencari talian telekomunikasi dan internet.



Malah katanya, beliau pernah memandu sejauh 130km bagi mendapatkan rangkaian internet kerana perlu mengikuti kelas dalam talian.

“Kami perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, dari satu kampung ke kampung yang lain untuk cari ‘line’ internet.

“Pernah memandu sejauh 130km ke pekan Sandakan untuk cari talian kerana kebetulan keluarga saya ada temu janji di hospital dan saya pula perlu siapkan semua kerja di tempat yang ada talian.

“Jadi, sekarang setiap hari saya memandu 10 hingga 15km dari Jalan Tawai hingga Entilibon untuk cari talian internet,” kongsinya kepada FMT.



Semalam, video dimuat naik Anis tular di media sosial selepas berkongsi caranya mengikuti kuliah secara ODL. Anak sulung daripada tiga beradik itu dilihat duduk dalam bonet kereta bagi mendapatkan rangkaian terbaik.

Menerusi perkongsian Anis itu, turut dilihat pensyarahnya bertanyakan khabar dan menasihatinya supaya tidak patah semangat walaupun berdepan halangan dalam menuntut ilmu.

Mengulas perkara itu, Anis berkata dia terharu kerana pensyarahya amat memahami situasi dihadapi serta memintanya mengutamakan keselamatan diri.

“Pensyarah cakap kalau tak dapat masuk kelas jangan paksa, utamakan nyawa dulu, dan mereka bantu dari segi nota sebab mereka tahu saya tak boleh akses laman web,” katanya.



Menurut Anis, penduduk kampung telah membuat aduan kepada pihak berwajib, bagaimanapun mereka difahamkan bahan mentah untuk menara pencawang itu perlu dibawa dari Semenanjung.

“Tetapi pihak SKMM dan telco yang lain ada ambil inisiatif menghantar van sejak semalam di mana van itu memancarkan satelit untuk membuat rangkaian talian di Pekan Telupid, namun belum dapat dipastikan telco yang mana kerana belum ada talian,” katanya.

Anis turut berharap akan ada penambahbaikan dari segi jaringan telekomunikasi di kawasan tersebut selepas ini.

“Saya harap video yang saya kongsikan itu beri manfaat kepada daerah saya. Mana tahu ada penambahbaikan dari segi internet yang akan memanfaatkan lebih kurang 30,000 penduduk di sini,” katanya. FMT



Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]



https://mykmu.net/2022/04/06/zoey-rahman-kini-rapat-dengan-shakira-stephen-setelah-tiada-jodoh-dengan-zarina-anjou

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker