Twitter Sedang Uji Ciri Sunting

Twitter Sedang Uji Ciri Sunting

TWITTER sedang mengusahakan butang edit atau sunting yang membolehkan pengguna menukar ciapan mereka selepas disiarkan.

Perkembangan ini hadir selepas Ahli Lembaga Pengarah Twitter yang baharu, Elon Musk, membuat tinjauan rambang dalam kalangan pengikutnya di Twitter berkenaan perkara itu.



Twitter berkata pengujian ciri tersebut akan mengambil masa beberapa bulan.

“Kami akan memulakannya menerusi platform @TwitterBlue Labs dalam beberapa bulan akan datang untuk mengetahui jika ia berkesan dan kemungkinan yang akan berlaku,” kata Twitter.

Pengguna Twitter Blue, perkhidmatan langganan platform Twitter, akan mendapat akses awal kepada ciri yang sedang diuji itu.

Di bawah fungsi sunting, pengguna boleh membetulkan kesilapan dalam ciapan tanpa menjejaskan respons, retweet atau tanda suka yang telah diperoleh.

Jay Sullivan, naib presiden produk syarikat berkata, butang sunting merupakan “ciri Twitter yang paling banyak diminta pengguna”.

“Tanpa perkara seperti had masa, kawalan dan ketelusan, butang sunting boleh disalahgunakan untuk mengubah rekod perbualan awam.



“Melindungi integriti perbualan awam adalah keutamaan kami sebelum mengambil keputusan melaksanakannya,”

Twitter Sedang Uji Ciri Sunting

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker