Buka Sekolah Tergesa-gesa, Menteri Pendidikan Yang Gagal Wajar Letak Jawatan

Sejumlah ahli Parlimen pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tanggungjawab terhadap peningkatan kes Covid-19 di institusi pendidikan mutakhir ini.

Mereka mengaitkan peningkatan itu dengan pembukaan semula sekolah secara “tergesa-gesa”.

Sekolah ditutup susulan penguatukuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua pada 13 Januari, tetapi dibuka semula secara berperingkat mulai Mac.



Mereka berkata guru, ibu bapa dan pelajar kini resah dengan dengan peningkatan kes Covid-19 melibatkan kluster pendidikan.

Kata mereka lagi, sekolah dibuka secara tergesa-gesa tidak lama selepas pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) diumumkan dan tanpa penerangan jelas tentang prosedur operasi standard (SOP) tentang bagaimana sekolah berdepan dengan kes Covid-19.

Arahan jelas hanya dibuat pada 21 April apabila Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon berkata sekolah yang terdapat kes positif perlu ditutup sekurang-kurangnya dua hari.

Sebelum ini, beberapa sekolah hanya memutuskan untuk menutup kelas yang terjejas.



Pemilihan Parti: Teruskan atau Tangguh, MT UMNO Tentukan Esok

“Apa yang berlaku kini, pihak pengurusan sekolah hilang arah dan punca apabila peningkatan kes di sekolah, tetapi mereka tidak dipersiap untuk PdPR di kala sekolah ditutup,” kata mereka.

Mereka berkata masyarakat juga tidak diberikan makluman jelas tentang bagaimana keadaan itu akan ditangani.



Justeru, mereka berkata Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin dan dua timbalannya, Mah dan Muslimin Yahaya, perlu letak jawatan.

“(Mereka) dilihat gagal dalam melaksanakan tugas seperti yang diharapkan rakyat (dan perlu) segera berundur demi masa depan rakyat dan negara tercinta,” kata mereka lagi.

Kenyataan itu ditandatangani bekas menteri pendidikan Maszlee Malik yang merupakan ahli Parlimen Simpang Renggam dan penerusi jawatankuasa pendidikan PH.

Turut serta adalah Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR – Setiawangsa), Hasan Baharom (Amanah – Tampin), Teo Nie Ching (DAP – Kulai, juga bekas timbalan menteri pendidikan), Wilfred Madius Tangau (Upko – Tuaran), Syed Saddiq Abdul Rahman (Muda – Muar), Amiruddin Hamzah (Pejuang – Kubang Pasu) dan Ahmad Hassan (Warisan – Papar).



Menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, terdapat 4,868 kes positif dalam sektor pendidikan antara 1 Januari hingga 20 April.

Kadar sokongan 67% kepada Muhyiddin ‘terlalu optimistik’, masa untuk PRU dilaksanakan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker