Mike Tyson Bakal Bangunkan Kerajaan Ganja




Mike Tyson Bakal Bangunkan Kerajaan Ganja. Ada Tyson Universiti Dan Hotel Mewah

Mike Tyson berjaya menghasilkan kekayaan sekitar £ 500,000 atau RM2 juta sebulan dan kini dia sedang sibuk untuk membina sebuah kerajaan ganja. Pendapatan yang menguntungkan ini difahamkan hadir daripada hasil penanaman ganja di tanah seluas 169,1586 hektar.

Lagenda sukan tinju itu sudah mula menjual ganja sejak 2016 melalui label Tyson Holistic. Melalui perniagaan yang menawarkan ganja jenis premiun itu sahaja, dia berjaya menghasilkan RM2 juta setiap bulan.

Selain daripada itu, dia juga sedang membangunkan pusat percutian di tanah yang sama dan bercadang untuk menjadikan tempat itu sebagai kawasan festival muzik. Tyson juga bercadang untuk membina Tyson University yang akan memberi pendidikan kepada petani mengenai penanaman ganja.

Setelah bertahun-tahun bergelumang dengan dadah, Tyson, yang kembali ke gelanggang tinju menentang Roy Jones Jr pada November lalu, merasa selesa dengan penggunaan ganja.




Tyson mengakui bahawa mengambil ganja menjadikan seseorang itu lebih tenang dan disebabkan itu, dia memilih untuk bekerjasama dengan ahli perniagaan Rob Hickman empat tahun yang lalu dengan tujuan untuk mengubah hidupnya dan mengenali selok belok perniagaan ganja.

Rancangan untuk membina kerajaan ganja hadir pada 2018, Tyson mendedahkan bahawa dia mahu mengembangkan perniagaannya kepada taman tema yang bertemakan ganja pada tanah seluas 169,5168 hektar.

Digambarkan sebagai ‘wonderland of weed’, para tetamu boleh menghisap ganja di mana sahaja di dalam taman tema terbabit. Namun, apa yang dia harapkan adalah taman tema ini bukan sahaja menjadi tempat percutian, tetapi ia juga akan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan.

Pelanggan juga boleh memilih untuk tinggal di hotel mewah atau berkhemah di kawasan lapang. Taman tema ini juga akan menawarkan sungai terpanjang di dunia dan membolehkan para pengunjung menaiki rakit untuk meninjau kawasan sekitar. Vc

Mike Tyson Bakal Bangunkan Kerajaan Ganja





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan main langgar saja – Sofia Jane



Leave a Reply

Your email address will not be published.