Jangan main langgar saja – Sofia Jane


Jangan main langgar saja – Sofia Jane.

Sofia Jane tegur penghantar makanan langgar lampu isyarat

Pelakon, Datin Sofia Jane meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir penghantar makanan yang didakwa menunggang motosikal secara berbahaya tanpa menghiraukan mengenai keselamatan.

Dakwanya, kebanyakan mereka juga didakwa gemar melanggar lampu isyarat sehingga boleh mendatangkan bahaya buat para pejalan kaki.



“Saya mohon off penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah . Lampu merah jangan main langgar. Orang nak lintas jalan seperti berhadapan dengan maut setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput maut,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon filem Perempuan, Isteri Dan ….? menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

Sementara itu, Sofia turut menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan terutamanya ketika mereka melalui kawasan perumahan.

“Dah takda undang-undang jalan raya ke? Ni baru motosikal, belum lagi saya meroyan pasal pemandu kereta. Siap hon mereka di lintasan pejalan kaki.



“Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Budak-budak, orang tua nak berjalan pun payah takut dilanggar. Apa nak jadi ni?’” soal Sofia. MG

Jangan main langgar saja – Sofia Jane


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Shahidan jangan tembak dalam gelap, reka cerita kucar-kacirkan keadaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker