Resepi Kari Kambing special



Resepi Kari Kambing

Resepi Kari Kambing

Bahan-bahan  diperlukan :

  • 1 kg daging kambing
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 5 biji kentang (Dipotong 6)
  • 4 cawan santan
  • 2 sudu makan kerisik (Dibancuh dengan air)
  • 1 cawan air
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh daging dan tuskan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk kasar dan daun kari. Masakkan sehingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan serbuk kari. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.
  5. Dan Masukkan air dan biarkan sehingga daging lembut.
  6. Masukkan kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan sehingga kentang empuk.
  7. Biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat
  8. Sedia dihidangkan

Resepi Kari Kambing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Agar-agar Roti Gardenia



Leave a Reply

Your email address will not be published.