Penguatkuasa payung sindiket judi


Penguatkuasa payung sindiket judi

Penguatkuasa ‘payung’ sindiket judi di Tawau, SPRM sita lebih RM300,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini membongkar satu sindiket perjudian dalam talian di Tawau, yang dipercayai memberi “suapan” kepada penguatkuasa untuk terus beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Sumber berkata, dalam serbuan kira-kira 11 pagi itu, tiga individu termasuk dua wanita ditahan dengan lelaki terbabit dipercayai ketua kumpulan yang giat menjalankan aktiviti perjudian di sekitar Tawau.

Katanya, turut dirampas dalam serbuan itu, wang tunai berjumlah kira-kira RM40,000 selain sitaan akaun berjumlah lebih RM300,000 membabitkan empat akaun bank milik suspek yang dipercayai hasil kegiatan perjudian.



”Selain itu, SPRM juga melaksanakan Perintah Pembekuaan Akaun bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) milik suspek.

”Lelaki terbabit dipercayai membayar wang rasuah kepada beberapa anggota agensi penguatkuasa di sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan perjudian dijalankannya sejak beberapa tahun lalu,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga individu terbabit.

Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.



Beliau berkata, semua individu yang juga warga tempatan itu akan direman bagi membantu siasatan dan pihaknya juga tidak menolak kemungkinan beberapa lagi tangkapan susulan akan dibuat selepas ini. FMT

Penguatkuasa payung sindiket judi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pekerja Shuib parah dilanggar lari Myvi Hijau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker