SPRM tahan eksekutif sebuah pasar raya

Sebaran :

SPRM tahan eksekutif sebuah pasar raya. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang eksekutif wanita sebuah pasar raya terkemuka bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan hampir RM40,000 dan dua syarikat pembersihan.

Sumber SPRM memberitahu, suspek wanita berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 3.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, difahamkan suspek didakwa meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kedua-dua syarikat pembersihan sebagai balasan memastikan syarikat-syarikat tersebut mendapat kontrak pembersihan di beberapa bangunan pasar raya berkenaan yang terletak di Melaka, Johor dan Selangor sejak 2018 hingga tahun ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Difahamkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi esok untuk permohonan reman.

SPRM tahan eksekutif sebuah pasar raya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pas Perak sokong Sidang DUN dibuka segera


Sebaran :

Leave a Reply