Ronaldo tak pandai ambil sepakan percuma

Sebaran :

Ronaldo tak pandai ambil sepakan percuma. Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan Euro 2020 selepas melakarkan gol ke-12 dalam kejohanan tersebut ketika tewas kepada Jerman 2-4 pada Ahad.

Namun, statistik sepakan percuma pemain Juventus itu sangat teruk dengan hanya mampu menjaringkan satu gol daripada 50 sepakan percuma dalam semua kejohanan besar buat pasukan kebangsaannya termasuk dalam saingan Piala Dunia.

Ronaldo berpeluang menambah gol ke-13 peribadinya dalam saingan Euro ketika menentang Jerman, namun sepakan percuma yang dilakukannya pada minit ke-53 jauh tersasar dan meliar.

Malah, satu gol yang dimiliki Ronaldo hasil sepakan percuma itu menyamai jumlah sama dilakukan pemain England Eric Dier pada Euro 2016 selain pemain Wales, Gareth Bales yang lebih bagus dengan menjaringkan dua gol dalam enam percubaan sepakan percuma.

Ia sekali gus merekodkan pencapaian buruk yang tidak diingini oleh pemain berusia 36 tahun itu walaupun banyak pencapaian luar biasa telah berjaya dilakar Ronaldo.

Ronaldo tak pandai ambil sepakan percuma


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mayat warga emas berulat ditemui atas tangga


Sebaran :

Leave a Reply