Mayat warga emas berulat ditemui atas tangga


Mayat warga emas berulat ditemui atas tangga

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan berulat di dalam sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Tengku Chik di sini semalam.

Mayat mangsa yang berada dalam keadaan terbaring di atas tangga bangunan itu dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, selepas menerima laporan mengenai kejadian itu, anggota polis telah bergegas ke lokasi tersebut untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan mendapati, mangsa berusia dalam lingkungan 60-an dan dipercayai sudah seminggu meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Sehubungan dengan itu, kita meminta kerjasama waris yang kehilangan ahli keluarga supaya membuat pengecaman mayat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. K Online

Mayat warga emas berulat ditemui atas tangga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sepahtu kini tanpa Shuib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker