Sepahtu kini tanpa Shuib

Sebaran :


Sepahtu kini tanpa Shuib
Hubungan dingin, Sepahtu kini tanpa Shuib?

Pelawak dan pelakon komedi Shuib didakwa telah di usir dari kumpulan Sepahtu.

Dakwaan ini terjadi apabila salah seorang ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep telah membuat naik satu hantaran di laman Instgram miliknya untuk mencari ahli anggota yang baharu bagi menggantikan Shuib.


Pencarian pelawak baharu bagi gantikan Shuib

“Anda rasa anda seorang yang lucu?? Mampu buat orang ketawa?? Dan nak jadi sebahagian dari Sepahtu ?? Inilah masanya untuk serlahkan bakat anda! Jom ramai-ramai sertai ujibakat Mencari Sepahtu Yang Hilang.

“Cubalah guys! Mana tau ada rezeki mungkin jadi asbab dapat bantu keluarga,” tulis Jep dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Shuib dikhabarkan telah menarik diri daripada melakonkan sitkom komedi popular mereka Sepahtu Renioun Live pada awal tahun ini secara mengejut dan sehubungan itu ianya telah menimbulkan m persoalan ramai mengenai status Shuib bersama kumpulan itu.

Menurut Shuib, dia mengambil keputusan tersebut kerana mahu fokus kepada peniagaan nya kini semakin berkembang.

Sepahtu tanpa Shuib ibarat tidak lengkap, kerana ketidakberadaan Shuib telah menyebabkan kumpulan ini tidak lagi seperti sebelum ini,ramai peminat masih mahukan Shuib untuk kekal beraksi didalam sitkom itu lagi.

“Kemon ib, Sepahtu tanpa ko dah bukan Sepahtu, Sepahtu itu ko dan jep, enough.
“tak lengkap sepahtu, rahim dgn pakya membantu ja.

“Aku mmg jarang tgk Sepahtu dan kecewa sikit,” antara komen pengikut Shuib di laman Instagram pelawak berkenaan.

Ada juga yang mendakwa hubungan Jep dan Shuib retak dan ada peminat merasakan itu tidak sepatutnya terjadi kerana mereka berkawan sudah lama,

Bagaimanapun Shuib membidas dakwaan itu apabila dilihat memuat naik satu hantaran video di Instgram miliknya dengan kapsyen “Jangan pernah takut kehilangan sahabat.” Wc

Sepahtu kini tanpa Shuib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Isteri bela anak ikan


Sebaran :

One thought on “Sepahtu kini tanpa Shuib

  • Cari la pengganti shuib d kalangan peserta lawak brbakat zaman sepahtu naik.. Sekurang kurang nya ada habuan rezeki untuk mereka dan sebagai pelawak jemputan… In shaa allah tema sketsa pulak diubah mengikut keadaan trend terkini.. D mana zaman pendamik banyak org susah.. Tiada keje dan pelbagai ekonomi yg menurun…

    Reply

Leave a Reply