RITA RUDAINI NAK BERHENTI BERLAKON – HANTAR ANAK-ANAK KE TAHFIZ

RITA RUDAINI NAK BERHENTI BERLAKON - HANTAR ANAK-ANAK KE TAHFIZ

RITA RUDAINI NAK BERHENTI BERLAKON – HANTAR ANAK-ANAK KE TAHFIZ

“Saya hanya mempunyai tempoh antara tiga hingga empat tahun sebelum bersara. Pada usia 50 tahun, saya mahu berhenti bergelar pelakon. Saya mahu menghabiskan masa di rumah dengan belajar ilmu agama. Sebenarnya, saya merancang menghantar Rayyan dan Arjuna mengikuti pengajian di sekolah tahfiz.

“Saya tak mahu anak-anak melihat saya gigih berlakon ketika itu. Saya kena jaga hati anak-anak,” ujar pelakon Rita Rudaini yang berhasrat untuk berhenti dari dunia lakonan sebelum usianya mencecah 50 tahun.

Rita berkata demikian bukan kerana takut tidak laku tetapi mahu menjaga hati kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang bakal dihantar mengikuti pengajian ke sekolah tahfiz.

Menurut Rita lagi, dia mahu menikmati kehidupan serta melihat anak-anaknya membesar dengan meluangkan lebih banyak waktu bersama mereka.

“Saya ingin menikmati hidup dengan melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Sejujurnya, saya seronok duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Saya dapat meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Rita yang bergelar ibu tunggal sejak lapan tahun lalu itu memberitahu dia langsung tidak mempunyai keinginan untuk kembali mendirikan rumah tangga namun jika ditakdirkan bertemu jodoh dia akan menerima dengan reda.

“Bagaimanapun, saya bukanlah sombong kerana percaya segala-galanya adalah kuasa Allah. Jika Allah hantar hadiah jodoh, siapalah saya untuk menolak ketentuan takdir. Saya akan terima dengan hati yang reda. Saya juga yakin Allah tidak pernah menghantar perkara yang tidak baik kepada kita,” jelasnya.

RITA RUDAINI NAK BERHENTI BERLAKON – HANTAR ANAK-ANAK KE TAHFIZ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Usain Bolt timang anak kembar lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker