Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf


Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf

Guna lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf

AKIBAT terlepas pandang maksud disebalik lirik lucah Touch It nyanyian Busta Rhymes, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad telah membuat permohonan maaf atas tindakannya yang menggunakan lagu berkenaan dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.

Ujar Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, mengakui terkhilaf dan tidak memahami terlebih dahulu lirik lagu yang pada awalnya disangkakan bukan karya dalam bahasa Inggeris.

“Pertama sekali, saya nak minta maaf. Saya ada buat satu hantaran untuk memberi telefon pintar percuma kepada pengikut Instagram.

“Sayang sekali saya telah menggunakan lagu itu sebagai muzik tanpa memahami lirik disebalik lagu ini. Pada awalnya, saya betul-betul ingat ia bukan lagu Bahasa Inggeris sebab bunyi (sebutan) dia aneh,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Menurut Uyaina, tujuan dia memuat naik status tersebut adalah bagi memberi kesedaran dan makluman kepada mereka yang masih lagi menggunakan lagu tersebut agar berhenti untuk melakukannya.

Malah, pelakon Love, Elsa itu juga melahirkan rasa bersyukur kerana ditegur oleh seorang rakan media yang menyedari dirinya telah melakukan kesilapan.

“Nasib baik ada rakan media menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram memberitahu tentang makna disebalik lirik lagu itu. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Uyaiana turut memuat memuat naik foto tangkap layar daripada pemilik akaun Instagram @vincetogram yang memaparkan lirik lagu Touch It. Utv

Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dolla mahu bantu golongan yang memerlukan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker