Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan

Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet seperti yang dinyatakan dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, ia selaras dengan prinsip Raja Berperlembagaan.

Jelas beliau, semua pihak termasuk Raja-raja Melayu dan rakyat perlu patuh dan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia.

“Ini kerana perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara.

“Tugasan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong boleh dilihat dengan jelas di dalam sumpah jawatan seperti tercatit dalam Jadual ke-4 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohamed Apandi berkata, Seri Paduka Baginda dalam menjalankan tugas berhak untuk mendapat pandangan dan penjelasan daripada pihak-pihak yang difikirkan sesuai.

Atas dasar itu, beliau berkata, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Pada 21 Jun, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pensyarah undang-undang, Profesor Datuk Shamrahayu A Aziz dalam satu kenyataan bersama berkata, terdapat beberapa sebab Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah harus mendengar nasihat Perdana Menteri dan kabinet seperti yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet termasuk para menteri sesuai dengan Artikel 40 (1) & (2) Perlembagaan.

Tambah mereka, nasihat harus diikuti dalam Pasal 40 (1A) iaitu melanggar peruntukan boleh mengakibatkan Peguam Negara tidak dapat mempertahankannya jika suatu cabaran terhadap keputusan atau tindakan Yang di-Pertuan Agong dibawa ke muka pengadilan dan keputusan atau tindakan tersebut dapat dinyatakan tidak sah.

Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gerakan MP kumpul SD, UMNO tidak terlibat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker