Gerakan MP kumpul SD, UMNO tidak terlibat

Gerakan MP kumpul SD, UMNO tidak terlibat. Usaha mengumpul perakuan bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Razlan Rafii.

“Ini semua cerita orang politik yang nak tutup salah kerajaan. Sepatutnya mereka berusaha menyelamatkan nyawa rakyat, bukan ‘nyawa’ sendiri.

“Dalam situasi sekarang, fokus sepatutnya pada usaha selamatkan rakyat, bukannya sibuk kumpul SD.

“Umno tidak terlibat dengan usaha mengumpul SD, sebaliknya kerja ini dilakukan oleh pihak dalam Perikatan Nasional (PN) dan PH yang ingin berkuasa,” dakwanya kepada Malaysiakini, hari ini.



Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dilaporkan mengakui ada usaha mengumpul SD dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.

Bercakap dalam temu bual yang disiarkan portal Malaysiapost pada 20 Jun lalu, Ahmad bagaimanapun berkata dia sendiri tidak didekati oleh mana-mana individu untuk menandatangani SD berkenaan.

Dia juga tidak menyatakan secara lanjut berkenaan usaha itu serta ahli Parlimen atau pemimpin yang terlibat.

“Usaha sedemikian memang sedang dibuat, bagaimanapun saya secara peribadi dan ada rakan-rakan yang lain tidak didekati untuk tanda tangan apa-apa,” katanya.



Mengulas lanjut, Razlan berkata pemimpin politik sepatutnya memberi fokus kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar mereka mengutamakan rakyat.

“Tetapi masing-masing nak tegakkan benang yang basah. Akhirnya rakyat ‘mati’ di tengah-tengah.

“PN masih ego, nak tegakkan apa yang mereka lakukan. PH pula sibuk nak rampas kuasa,” dakwanya.

Gerakan MP kumpul SD, UMNO tidak terlibat


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Syarat bahas di Parlimen tidak demokratik – Tok Mat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker