Lelaki belasah kekasih ada zakar


Lelaki belasah kekasih ada zakar

LONDON – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 16 bulan apabila didapati bersalah memukul seorang wanita transgender selepas menyedari dia memiliki alat sulit lelaki, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Suhel Sood, 34, menyerang mangsa yang tidak dinamakan selepas bertemunya di sebuah parti pada November 2020.

Mereka dipercayai sedang melakukan hubungan intim ketika Suhel cuba meramas bahagian alat sulit wanita itu dan menyedari ia adalah zakar.



“Anda seorang lelaki!,” jerita Suhel kepada mangsa sebelum membelasahnya beberapa kali dan menghentak kepala wanita itu di sebuah mesin basuh.

Suhel juga menggelarkan wanita itu sebagai anjing dan memaksa mangsa mengelap darah yang menitik di lantai sebelum dibenarkan meninggalkan parti tersebut.

Hakim Emma Knott berkata, perbuatan Suhel adalah satu tindakan mementingkan diri sendiri dan kejam.

“Mangsa dikenali sebagai wanita, itu adalah pilihannya. Anda bersetuju untuk bermesra dan berhubungan intim tanpa berkenalan lebih lanjut maka itu adalah kesilapan anda sendiri.



“Mungkin kejadian ini akan menjadikan anda lebih berhati-hati di masa hadapan,” ujar Knott. Agensi

Lelaki belasah kekasih ada zakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Penguatkuasa payung sindiket judi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker