Padam ‘Fatwa Amanat Hadi’ akan sebabkan integriti fatwa dipertikai



Tindakan Padam ‘Fatwa Amanat Hadi’ akan sebabkan integriti fatwa dipertikai integriti fatwa dipertikaikan, kata ketua penaja Pemuda Pejuang, Abu Hafiz Salleh Hudin.

Abu Hafiz merujuk dakwaan yang tular di media sosial bahawa fatwa “Amanat Haji Hadi” dipadam daripada laman web semakan fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini.

“Fatwa telah sedia ada. Rasanya tidak cermat untuk diubah kerana kalau diubah bermaksud pembuatan fatwa yang awal akan dipertikai kerana punyai ‘arahan politik’.

“Keseluruhan integriti fatwa dan badannya akan dipertikaikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dakwaan kehilangan paparan fatwa tentang Amanat Haji Hadi menjadi perbualan apabila ia dibangkitkan seorang pengguna Twitter yang bertanya apakah Jakim telah memadamkan fatwa berkenaan daripada laman webnya.




Berdasarkan tangkap layar yang dikongsinya, fatwa yang diwartakan di Melaka itu didakwa menunjukkan bahawa Amanat Haji Hadi bercanggah dengan ajaran Islam.

Semakan fatwa Sumber Maklumat Al-ahkam al-Fiqhiyyah (E-SMAF) mendapati tiada rekod berkaitan fatwa itu dipaparkan.

Laman kelolaan Jakim itu berfungsi merakam fatwa daripada seluruh negeri di Malaysia, mengelaskannya mengikut kategori dan merekodkan statusnya sama ada diwartakan atau tidak.

Jakim pula sedang menyemak dakwaan fatwa yang didakwa hilang tersebut.

Manakala Abu Hafiz pula membidas bahawa unit komunikasi korporat Jakim tidak perlu mengambil masa lama untuk mengesahkan fatwa yang diwartakan pada 2002 di Melaka itu telah ditiadakan, sedangkan, katanya, berdasarkan rekod sebelum ini, fatwa itu memang pernah ada.




Katanya, meskipun pihak yang berasa “dimangsakan” oleh fatwa berkenaan berhak membuat semakan semula, tetapi jika ia dibuat dengan cara memadam carian rasmi, tindakan itu adalah “tidak profesional” dan “bacul”.

Mengulas lanjut, katanya, meskipun sesuatu fatwa itu boleh dimansuhkan, tetapi ia memerlukan asas yang sangat kuat, dengan penemuan atau penghujahan baru mesti ditampilkan untuk membatalkan penemuan atau penghujahan yang lama.

“Adakah hal itu sedia dilakukan?” soalnya.

Pun begitu, Abu Hafiz berpandangan “ghaibnya” fatwa berhubung Amanat Haji Hadi hanya melibatkan paparan dalam talian di laman web tersebut, dan bukanlah pada pewartaan fatwa itu sendiri.

“Saya fikir, arkib dalam talian mungkin cuba dighaibkan, bukan fatwa itu dipadam dalam arkib rasmi,” katanya lagi.




Ucapan yang dilontarkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada tahun 1982 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu, itu dianggap banyak pihak sebagai memecah-belahkan umat Islam.

Laporan media menyebut Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan “Amanat Hadi” sebagai sesat.

Pada 2013, Abdul Hadi mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan surat rasmi mengenai amanat yang difatwakan bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah.

Memetik fatwa pada 21 November 1984, Bernama melaporkan, jika terdapat tuduhan atau anggapan oleh anggota atau penyokong PAS atau sesiapa sahaja terhadap anggota Umno, pemimpin atau pegawai kerajaan beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya (Umno menuduh PAS), ia adalah tidak benar dan sia-sia.

Fatwa itu turut menyatakan tuduhan mengatakan seseorang yang beragama Islam sebagai kafir adalah perbuatan haram yang perlu diberhentikan serta-merta dan hendaklah bertaubat kepada Allah.




Amanat itu antara lain menyebut PAS menentang Umno kerana didakwa mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah.

“Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka,” menurut amanat itu.

Malaysiakini sudah menghubungi dan sedang menunggu maklum balas Menteri Agama, Zulkifli Mohamad, timbalannya Ahmad Marzuk Shaary dan Ketua Pengarah Jakim, Abdul Aziz Jusoh berhubung status fatwa itu.

Berdasarkan laman web e-smaf, pengeluaran fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa MKI akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri.

Negeri boleh meminda fatwa berkenaan, kecuali untuk fatwa yang diputuskan atas titah Majlis Raja-Raja terhadap sesuatu isu dalam masyarakat.

Padam ‘Fatwa Amanat Hadi’ akan sebabkan integriti fatwa dipertikai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarat bahas di Parlimen tidak demokratik – Tok Mat



Leave a Reply

Your email address will not be published.