Pembangkang, kerajaan bersama gesa buka semula DUN Selangor

Pembangkang, kerajaan bersama gesa buka semula DUN Selangor. Wakil rakyat Selangor daripada kerajaan dan pembangkang menyatakan komitmen untuk memastikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dapat dibuka pada kadar segera.

Dalam satu kenyataan yang julung-julung kali dibuat bersama, Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Elizabeth Wong dan Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail menjunjung kasih buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mempengerusikan perbincangan khas raja-raja Melayu di Istana Negara bagi membincangkan isu negara dan Covid-19.

Mereka juga menjunjung titah baginda dan raja-raja Melayu agar Parlimen dapat bersidang dan dibuka dengan segera bagi menjadi semak dan imbang kepada tatakelola pentadbiran kerajaan Malaysia.

“Merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor bertarikh 17 Jun 2021, patik akan memberi komitmen sepenuhnya agar inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membuka segera DUN Selangor dapat dilaksanakan selaras dengan titah pandangan baginda tuanku dan raja-raja Melayu.

“Sidang dewan ini amat penting baik di peringkat kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat agar setiap perbahasan berkenaan isu-isu rakyat mampu diperhalusi bersama dalam agenda kita memerangi pandemik Covid-19.

“Keprihatinan baginda tuanku dan raja-raja Melayu perlu diambil secara serius oleh semua agar isu rakyat, ekonomi dan negara mampu ditangani dengan segera,” kata mereka dalam kenyataan berkenaan.

Perbincangan khas raja-raja Melayu diadakan di Istana Negara pada 16 Jun, selepas Sultan Abdullah mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti-parti politik, agensi kerajaan serta pakar-pakar.

 Kenyataan Istana Negara selepas pertemuan itu, menyatakan bahawa Agong antaranya berpandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, dengan menyifatkan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang membincangkan pelbagai isu khususnya Covid-19.

Dalam kenyataan penyimpan mohor besar raja-raja pula, memetik raja-raja berpendirian bahawa mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif, kehakiman harus dihormati bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab, terutama dalam kewangan dan perbelanjaan negara.

Pada 17 Jun, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dilaporkan akan berbincang dengan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berhubung pembukaan sidang DUN secepat mungkin, selaras dengan titah Agong dan raja-raja Melayu

Pembangkang, kerajaan bersama gesa buka semula DUN Selangor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarat bahas di Parlimen tidak demokratik – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker