Nasib Bersatu terikat pada masa depan Muhyiddin

Nasib Bersatu terikat pada masa depan Muhyiddin, kata penganalisis

Bersatu akan kehilangan kuasa jika presiden parti itu Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selaku perdana menteri.

Beberapa penganalisis bersetuju mengenai perkara itu dan berkata sokongan akar umbi parti tidak cukup kuat untuk Bersatu harapkan.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, Bersatu terselamat selagi jawatan perdana menteri itu daripada parti berkenaan dan tanpa kelebihan itu, mereka perlu melihat alternatif lain untuk kekal dalam politik arus perdana.

Beliau berkata, sesetengah bekas Ahli Parlimen Umno dan PKR kini bersama Bersatu, mungkin mahu kembali kepada parti lama mereka sebelum ini, tetapi Sivamurugan berpendapat tidak semua daripada mereka akan diterima semula.

Penganalisis lain, Azmi Hassan berkata, Bersatu akan mengalami kerugian yang ketara jika Muhyiddin meletakkan jawatan meskipun kedudukan Kabinet diberikan kepada parti lain dan Bersatu menjadi sebahagian daripada kerajaan baharu itu.

Katanya, beliau percaya langkah ke hadapan untuk negara adalah bagi Bersatu menerima perdana menteri baharu sama ada dari Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).


“Kita pernah melalui tempoh sukar,” katanya merujuk kepada kekecohan di Dewan Rakyat selepas 21 Julai lalu di mana Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan mengumumkan kerajaan sudah membatalkan Ordinan Darurat.

Istana Negara seterusnya berkata, kerajaan tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan tidak mematuhi titah Agong yang mahu ordinan itu dibentang dan dibahas.

Azmi berkata, PAS akan mengikuti langkah Bersatu yang menerima perdana menteri baharu sama ada BN atau PH, menjadikan kerajaan baharu membentuk majoriti kukuh bagi mengurus negara dan menyelesaikan krisis ekonomi serta kesihatan.

“Ia satu-satunya untuk menyembuhkan luka dan bergerak ke hadapan demi masa depan negara,” katanya kepada FMT.

Seorang lagi penganalisis, Kenneth Cheng berkata sehingga kini masih tidak diketahui sama ada Muhyiddin akan meletakkan jawatan atau tidak.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata bagaimanapun jika ramai menteri yang ikut sama meletakkan jawatan, ia satu petanda jelas kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Bersatu telah bertahan dalam kerjasama politik dan tidak akan mempunyai kedudukan kanan dalam Jemaah Menteri lagi,” katanya.

Tambahnya, sokongan akar umbi Bersatu kekal lemah dan parti itu akan diketepikan dengan kehilangan jawatan perdana menteri dan menteri kanan. FMT

Nasib Bersatu terikat pada masa depan Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker