Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Tular di media sosial aksi seorang pelajar perempuan dengan selamba bertanyakan soalan mengenai e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-Wallet kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi video yang dirakam dalam acara sesi soal jawab Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi pada Rabu, pelajar yang dikenali dengan nama Wawa bertanya kepada Anwar mengenai tarikh bantuan terbabit dimasukkan.

“Menteri Kewangan kan? Saya nak tanya, bila nak dapat e-Belia? Kata bulan 4, tapi ni dah bulan 5 nak masuk bulan 6 dah,” tanya Wawa.

Apabila ditanyakan mengenai sumber e-Belia bakal dimasukkan pada bulan April, jawapan Wawa sangat mencuit hati ramai termasuklah Perdana Menteri sendiri.

“Ada banyak ka TikTok kata, ada yang kat Google pun sama,” jawabnya.

Secara berseloroh, Anwar menjawab soalan tersebut dengan berjanji akan menunakan tuntutan e-Belia pada bulan Jun.

“Wawa, kalau Menteri Kewangan kata, betullah. Tapi kalau TikTok kata… Nanti, ni Menteri Kewangan nak jawab.

“Wawa kata e-Belia bila nak dapat? Ni bulan lima kan, okaylah Insya-Allah bulan enam kita bagi,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons warganet yang terhibur dengan soalan dan jawapan pelajar tersebut.

Malah, ada yang mengatakan perbualan mereka seolah-olah seperti perbualan anak meminta duit kepada bapanya.

“Santai je anak muda sembang dengan PMX. Terbaik! Sempoi PMX kita. Macam anak tanya ayah nak duit beanja. Comel je conversation ni,” tulis netizen. Xtra

[videopress Ql51A9tD]

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker