Anak bongsu minta 20 sen beli ais krim sebelum digilis

Anak bongsu minta 20 sen beli ais krim sebelum digilis

MELAKA: “Sebelum kejadian arwah datang minta 20 sen daripada saya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian untuk beli aiskrim.

“Selang beberapa minit saya dikejutkan dengan bunyi riuh, saya berlari ke tempat kejadian dan mendapati anak sudah dilanggar lori pasir.”



Demikian luahan pekerja kontrak, Muhamad Qayyum Abdul Aziz, 37, mengenai detik sebelum kejadian anak bongsunya, Nur Qayra Quraisya, 5, maut digilis lori pasir ketika bermain bersama sepupu berhampiran rumah neneknya di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.25 petang, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Muhamad Qayyum berkata, selepas memberi duit dia sempat berpesan supaya Nur Qayra Quraisya yang mesra disapa ‘Adik’ pulang segera ke rumah dan tidak bermain dalam cuaca panas.

“Memang setiap kali pulang dari tadika, dia akan singgah ke rumah emak saya dan semalam saya pun berada di situ melihat rakan membuat kerja-kerja kontraktor rumah di kampung itu.



“Malah, lori yang terlanggar anak saya itu sepatutnya hantar pasir ke rumah berkenaan,” katanya sebak ketika ditemui di Hospital Melaka, tengah malam tadi.

Menurut Muhamad Qayyum, sejak seminggu lalu anaknya menunjukkan perubahan tingkah laku ketara apabila kerap meminta hajatnya ditunaikan dengan cara yang berbeza dan menguji kesabarannya.

“Sebelum ini, Adik tak begitu, tapi sejak saya bercuti seminggu dan meluangkan masa dengannya, sikapnya agak mendesak sedikit dan terlebih manja.

“Malah semalam (kelmarin) ketika makan di sebuah restoran di Klebang, dia tiba-tiba merajuk apabila tidak dilayan, namun saya tidak memarahinya.



“Saya tak sangka rupanya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Muhamad Qayyum berkata, dia dan isteri, Faezah Kadir,38, reda dengan kejadian itu dan berharap masyarakat tidak menularkan atau membuat sebarang spekulasi sehingga mengganggu emosi mereka sekeluarga.

“Saya tidak ada apa nak cakap, anak pun dah tak ada. Cuma jangan tularkan benda-benda yang tidak elok dan tolong doakan kebaikan untuk anak saya,” katanya sambil memaklumkan jenazah dikebumikan di Kampung Padang, Malim di sini tengah malam tadi. BH

Anak bongsu minta 20 sen beli ais krim sebelum digilis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan



Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada



Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker