Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Netizen sebak melihat perkongsian video kenangan seorang wanita bersama arwah suaminya yang difahamkan meninggal dunia selepas dua minggu usia perkahwinan mereka.

Menerusi perkongsian di akaun @snabiby, wanita yang dikenali sebagai Seri itu memaparkan video kenangan indah yang diambil sepanjang perkenalan mereka sebelum arwah suaminya meninggal dunia.

“Terima kasih sebab jadi suami saya walaupun hanya untuk dua minggu. Sedalam mana cinta dan sayang saya terhadap awak, Tuhan lebih sayangkan awak sayang.

“Awak rehat ya? Nanti saya teman awak,” katanya menerusi kapsyen yang ditulis dalam video.

Video dengan jumlah tontonan sebanyak 744,600 ribu itu menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah.

Rata-rata netizen sebak serta bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu dan mendoakannya terus tabah dengan ujian yang diterima.

“Kadang kala tak semua takdir berjalan seperti yang kita dambakan. Semoga jiwa kamu terus kuat sekuat-kuatnya, seri,” kata @sdwrna.

“Allahu, semoga kuat sis. Kita sama, suami baru pergi hujung tahun lepas dan saya tiada anak lagi. Sedih gila, nak tua dengan dia tapi dia dah tiada. Alfatihah,” kata @amila24.

“Semoga awak kuat okey? Saya pun sama, tiga bulan sahaja, Ramadan Allah ambil dia pulang. Percayalah kita kuat,” kata @nurulainacktmotor.

Seorang netizen, Eirah Syahirah, berkata beliau turut merasa sedih dan berdoa supaya Allah sentiasa kuatkan beliau serta menjaga orang-orang yang disayanginya.

Menurut perkongsian video di akaun yang sama, wanita itu turut memaparkan laporan berita yang diambil daripada portal media yang melaporkan kemalangan membabitkan mereka suami isteri.

Difahamkan, kemalangan yang membabitkan motosikal yang dinaiki suami isteri itu merempuh sebuah pikap yang sedang membelok di Kilometer (KM) 10 Jalan Endau-Mersing, dan suaminya meninggal dunia manakala isterinya cedera. BH

[videopress V47AJdeA]

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker