Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh

Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh

Polis menemukan mayat wanita warga emas di bilik tidurnya dalam keadaan separuh bogel di sebuah rumah di Kampung Tersusun dekat Simpang Lima, petang semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata polis Kerian ke lokasi kejadian dan menemukan mayat wanita yang tinggal berseorangan itu dengan kesan darah pada bantal, tilam, dan dinding biliknya.



“Terdapat kesan luka potong dan luka tikaman pada telinga, leher, dan pipi mangsa yang berumur 61 tahun itu selain kesan lebam di lengan dipercayai berpunca daripada pergelutan bersama pelaku dalam usaha mempertahankan diri.

“Siasatan lanjut mendapati pelaku memecah masuk rumah mangsa berdasarkan kesan umpil pada tingkap nako dan tiga keping cermin ditanggalkan, bagaimanapun tiada barang berharga mangsa hilang,” katanya dalam kenyataan.

Yusri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan luka tikaman pada bahagian leher,” katanya.



Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Kerian di talian 05-7212222. FMT

Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik



3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker