China gam Uncle Roger

Nigel Ng @ Uncle Roger

China bertindak tegas terhadap akaun milik pelawak kelahiran Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Roger selepas dia mempersenda Beijing sebagai ‘negara pengintip’ dan dasar Satu Negara terhadap Taiwan.

Gurauan melampau Ng membawa padah apabila dia kehilangan akaun miliknya yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Weibo.

Weibo dalam satu kenyataan memaklumkan akaun tersebut didapati melanggar peraturan.

Selain itu, akaun Ng di laman perkongsian video di Shanghai, Bilibili juga digantung.



Menurut pengguna media sosial, Uncle Roger kena ‘cancel’ kerana klip yang dikongsi di Twitter mengenai sebuah rancangan yang bakal disiarkan pada bulan depan.

Ketika bercakap dengan penonton, Uncle Roger dengan selamba membidas rangkaian pengawasan dilakukan Beijing dan menyebut isu dasar Satu China ketika berjenaka tentang Taiwan.

Pada Rabu, pihak berkuasa China mendenda sebuah syarikat komedi sebanyak 14.7 juta yuan (RM9.5 juta) dan turut mengancam mengambil tindakan undang-undang lebih tegas gara-gara jenaka disifatkan melampau terhadap Tentera Pembebasan Rakyat (PLA). – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker