Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas

Pengalaman suntikan epidural tak menjadi

Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas

PELAKON, Che Puan Juliana Evans mengakui masih trauma dengan proses bersalin ketika melahirkan anak pertamanya secara normal kerana epidural yang diambil tidak memberikan kesan ketika itu.

Menurut Juliana, oleh kerana trauma yang dialami itu membuatkan dirinya lebih bimbang dan akan lebih bersedia dari aspek mental untuk kelahirkan anak keduanya yang dijangka Julai ini.



“Terus-terang, kali ini saya seperti terlebih risau dan banyak berfikir. Saya masih lagi trauma dengan proses kelahiran anak pertama.

“Bayangkan, masa itu suntikan epidural yang diberikan kepada saya tak menjadi.

“Mungkin pada waktu itu, saya hanya menjangkakan perkara yang indah-indah sahaja. Saya langsung tak fikirkan rasa sakit yang bakal saya lalui kerana saya betul-betul mengharapkan suntikan epidural itu berkesan.

“Rupanya, hal sebaliknya berlaku. Saya rasa sakit sehingga badan saya terkejut. Saya tak sangka yang saya akan merasai rasa sakit seperti itu di dunia ini. Rasanya seperti setengah mati. Saya ada ambil ‘laughing gas’ tapi tak berkesan juga,” katanya.



Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Jue itu berkongsi dengan Gempak ketika ditemui di Acara Baby Shower yang diadakan di Double Tree By Hilton, Shah Alam pada Rabu.

Kata Jue untuk kelahiran anak keduanya nanti, dia sudah mula membuat persediaan dari segi mental dan fizikal supaya tidak terkejut dengan kesakitan yang bakal dialami.

“Bagaimana pun saya bersyukur kerana selepas bebeberapa bulan bersalin badan saya pulih dengan baik. Jadi saya boleh simpulkan semua wanita yang bersalin ini seperti kena langgar bas sekejap selepas itu macam tiada apa-apa yang berlaku. Sebab itu saya lebih menghargai ibu saya.

“Jadi kali ini, saya sudah mempersiapkan mental saya dan saya juga sudah bersedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Hal ini tak berlaku ketika kehamilan anak pertama.



“Saya juga banyak baca mengenai pengalaman ibu-ibu yang lain. Rupanya banyak juga yang melalui pengalaman seperti saya. Saya berharap sangat yang saya tahu perkara ini lebih awal,” ujarnya.

Terdahulu, Juliana telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Yang Amat Mulia Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama tengku Kamaliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun. Gempak

Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker