Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Pelakon Nadhir Nassar didakwa sedang bercinta dengan seorang anggota kumpulan Dolla, Angel apabila ‘kantoi’ sering berbalas komen menggunakan emoji ‘awan hujan’.

Dakwaan tersebut tular dalam aplikasi TikTok apabila seorang pengguna mendedahkan tindakan bintang Projek: High Council itu meninggalkan komen menggunakan emoji seakan bahasa rahsia antara mereka dalam Instagram Angel pada 28 April lalu.



Tidak terhenti di situ, gadis berusia 23 tahun itu turut menggunakan kaedah serta emoji sama dalam hantaran dibuat Nadhir hingga mencetuskan spekulasi.

Malah, aktor itu tanpa menyebut nama mana-mana pihak menciap dalam Twitter berbunyi: “Missing my (emoji awan hujan) already” yang bermaksud sudah merindui insan yang disamakan dengan emoji berkenaan.

Rata-rata peminat teruja dan memberi restu andai perhubungan mereka benar-benar telah memasuki fasa bercinta seperti yang dikhabarkan.

“Ada sumber mengatakan Nadhir sudah mempunyai teman wanita berbangsa Cina, jadi berkemungkinan besar hubungan mereka benar,” kata seorang netizen.



“Comelnya. Saya akan melindungi kedua-dua mereka walau apa pun yang terjadi,” tegas seorang lagi peminat mereka.

“Semasa sebuah sesi temu bual, Nadhir pernah berhenti seketika untuk menyanyikan lagu raya Dolla dan kemudian kirimkan salam kepada Angel. Saya setuju perhubungan awak berdua,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sebelum ini, Nadhir pernah dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi jelita, Daiyan Trisha.

Namun, kedua-duanya tidak memberikan sebarang pengesahan tentang dakwaan tersebut. K Online



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker