Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Tangkap layar video menunjukkan budak yang memandu kereta Toyota Vios sehingga terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi, tular di media sosial. – Foto Ihsan Pembaca

LANGKAWI: Seorang budak berusia enam tahun dikesan memandu kereta Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga di sini, malam tadi.

Budak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer dari rumah bersama adiknya berusia tiga tahun untuk ke kedai, membeli mainan.

Video kemalangan terbabit tular tengah malam tadi, orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu budak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, mengesahkan kejadian dalam video tular itu berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang jam 11.15 malam.



Beliau berkata, dalam kejadian itu kereta terbabit dilaporkan dipandu seorang budak lelaki berusia enam tahun manakala adik lelakinya berusia tiga tahun menjadi penumpang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang telah terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang.

“Susulan itu, pemandu kereta luka di dahi manakala penumpang tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, kereta terbabit dipercayai dipandu budak terbabit dari kediaman mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka sejauh 2.5 kilometer tanpa pengetahuan ibu bapa.



“Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker