Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO

Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO

Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menamatkan perkhidmatan Wan Nurzila Wan Abd Rahman sebagai pengarah media dan komunikasi strategik.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan ringkas PMO yang turut merakamkan penghargaan kepada Wan Nurzila selepas berkhidmat hampir enam bulan.



“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Wan Nurzila atas sumbangan beliau,” kata PMO.

Menurut kenyataan itu lagi, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik akan terus komited memastikan agenda Malaysia Madani dan penyampaian maklumat berkaitan segala usaha dan inisiatif kerajaan terus diperkasa.

Wan Nurzila pernah menjadi wartawan di agensi berita nasional Bernama sebelum menjadi setiausaha akhbar kepada beberapa menteri kabinet.

PMO tidak menjelaskan jika Wan Nurzila ditukarkan ke jabatan kerajaan lain.



Malaysiakini sedang cuba menghubunginya untuk mendapatkan ulasannya.

Semalam beberapa portal berita melaporkan, seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik di PMO telah dipecat dengan notis 24 jam, didakwa berkait dengan isu prestasi. Mk

Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker