Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula

Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula

TANPA sedar, pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengalami masalah penambahan berat badan yang melampau dari membesarkan anak pertama sehingga anak keduanya.

“Saya memang sengaja turunkan berat badan sebab berat saya naik mendadak sehingga mencecah 90 kilogram (kg) lebih.



“Secara saintifiknya, apabila saya dah ada anak, testoren makin menurun jadi semakin senang untuk lemak berkumpul.

“Perkara ini terjadi sewaktu membesarkan anak sulung dan anak kedua, Lara Alana dan Lyla Amina. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berat badan saya pun naik juga,” katanya kepada URTV.

Awal turut berkongsi punca dia nekad untuk mengurangkan berat badan selain turut mendapatkan rawatan dengan doktor pakar pemakanan.

“Saya tak suka bersenam, jadi saya lebih fokus kepada penjagaan makanan terutamanya mengurangkan gula, buat kalori defisit, ‘intermittent fasting’ dan saya ada juga mengambil supplemen tambahan daripada doktor pakar pemakanan.



“Saya ada juga buat pemeriksaan darah. Dan dari situ keputusan kolestrol dan gula saya tinggi serta melebihi paras yang sepatutnya.

“Inspirasi saya untuk turunkan badan semestinya untuk diri sendiri supaya kekal sihat dan bertenaga.

“Apabila saya dapat tajaan baju, saiz tidak kena dengan saya. Jadi saya buat keputusan untuk kurus dan supaya saya ada rezeki untuk fesyen.

“Sekarang berat saya dalam 77 kg dan saya rasa selesa serta lebih sihat berbanding dulu,” jelasnya. Utv



Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?



Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker