Ismail Sabri Dan Muhyiddin perlu jawab kenapa tempoh tamat konsesi tol LPT dilanjutkan selama 37 tahun lagi

Pendirian Najib adalah konsesi-konsesi tol tidak patut dilanjutkan dan perlu ditamatkan secepat mungkin.

Ismail Sabri Dan Muhyiddin perlu jawab kenapa tempoh tamat konsesi tol LPT dilanjutkan selama 37 tahun lagi

Oleh Norzahira

ISU tol sangat sensitif pada rakyat terutama dalam zaman kegawatan ekonomi yang semakin teruk ini. Baru-baru ini isu tempoh tamat konsesi tol bagi Lebuhraya Pantai Timur (termasuk lebuhraya Karak) milik 100% swasta telah dilanjutkan dari tahun 2032 hingga tahun 2069 dilaporkan oleh The Edge dan disahkan oleh MARC Ratings.

Persoalannya kenapa tempoh konsesi dilanjutkan lagi selama 37 tahun? Ismail Sabri dan Muhyiddin perlu jawap isu ini.



Menurut sumber, perjanjian bagi konsesi baharu ini disempurnakan pada 17 November 2022 iaitu sebelum PRU15. Alasan untuk melanjutkan tol ialah pemegang konsesi tol diperlukan untuk berbelanja RM2.38 bilion untuk kerja-kerja pelebaran jalan dan mitigasi jalan.

Namun aliran tunai bersih dari kutipan tol setiap tahun pada ketika ini mengikut MARC ratings adalah sebanyak RM250 juta setahun.

Jadi, RM250 juta X 37 tahun (lanjutan konsesi) = RM9.25 bilion.


Baca Artikel Menarik:

Mahathir hipokrit terhadap ‘gelombang hijau’ PN




Itupun jika jumlah pengguna trafik bagi lebuhraya ini tidak bertambah pada tahun-tahun mendatang.

Kenapa pemegang konsesi dibenarkan untuk mengutip RM9.25 bilion sedangkan kos pelebaran jalan dan mitigasi banjir hanya RM2.38 bilion?

Kenapa Muhyiddin dan Ismail Sabri menghukum penduduk negeri-negeri pantai timur?



Kerajaan PH Mahathir lanjutkan tol PLUS dari baki 18 tahun lagi (2038) ke 38 tahun lagi (2058).

Kerajaan PN Ismail Sabri-Muhyiddin pula lanjutkan tol LPT dari baki 10 tahun lagi (2032) ke 47 tahun lagi (2069).

Galeri Ilham penuhi impian Mamat Khalid



Isu tol ini mengundang kerinduan rakyat terhadap Bossku Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika beliau tidak dipenjarakan dengan perbicaraan yang tidak adil, sudah tentu Najib akan membantah lanjutan tempoh konsesi tol ini. Pendirian Najib adalah konsesi-konsesi tol tidak patut dilanjutkan dan perlu ditamatkan secepat mungkin.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….



Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]




Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker