Ashraf Muslim Sambut Raya Bersama Dua Isteri, Ini Respon Netizen

Perkongsian pelakon Ashraf Muslim bersama kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Instagram (IG) mencuri perhatian warganet.

Perkongsian pelakon Ashraf Muslim bersama kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Instagram (IG) mencuri perhatian warganet.

Raya bersama dua isteri

Menerusi hantaran tersebut, Ashraf dilihat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama kedua isterinya dan anak-anak. Keluarga itu sedondon mengenakan busana berwarna kelabu ketika meraikan di kampung.

Pelakon berumur 42 tahun itu turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga serta memohon maaf andai mempunyai salah silap.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini.

Semoga hidup bahagia bersama madu. Suka tengok kebahagiaan Ashraf. Amin.

Aman damai terbaik la.

Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana belum dikurniakan zuriat selepas dua tahun perkahwinan.

Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.

Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.

Sumber: Instagram

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker