Mak ‘pilih bulu’, anak lelaki pemalas tetap jadi kesayangan

Seorang gadis berkongsi luahan hatinya apabila sering dimarahi ibu selain diminta membuat pelbagai kerja rumah tanpa melibatkan adik-beradik yang lain.

Dia yang enggan namanya didedahkan memaklumkan, sikap ibunya dilihat tidak adil apabila sering melebihkan anak lelaki berbanding dirinya.

“Macam mana nak hadap ibu yang ‘narsisis’. Apa saya buat semua tak kena. Asyik saya sahaja salah. Kalau dia (ibu) buat salah dengan saya sekalipun tak pernah mengaku.



“Dalam hidup saya tak pernah dia cakap ‘maaf’ ataupun ‘terima kasih’ dengan saya. Setiap kali saya buat salah, segala caci maki semua keluar daripada mulut dia.

“Tapi yang pelik ya, dia tak pernah macam itu dengan anak lelaki dia. Anak lelaki dia semua bagus katanya, walhal saya seorang yang buat kerja dalam rumah,” luahnya menerusi satu kiriman mesej yang dikongsi semula oleh pengguna Twitter.

Lebih menyedihkan, setiap kali pulang ke kampung, ibunya pasti akan bercerita buruk tentang dirinya kepada saudara-mara yang lain sehingga membuatnya malu.

“Bila balik rumah mak dia (kampung), habis dia canang semua buruk saya dekat saudara-mara. Kata saya pemalas sedangkan di rumah saya dikerah kerja macam kuli,” luahnya.



Katanya lagi, setiap kali keputusan peperiksaan keluar, ibunya tidak pernah memarahi anak-anak lelaki meskipun mereka meraih markah rendah.

Namun, berbeza dengannya apabila sering dihina apabila gagal mendapatkan keputusan cemerlang.

“Adik-beradik saya belajar tak pandai, kalau gagal pun mak biarkan. Tapi kalau keputusan saya kurang baik habis dicaci, kalau saya cemerlang sekalipun tak pernah dia bangga,” ujarnya.

Tambahnya lagi, situasi tersebut sering menjadi igauan dalam hidupnya sehingga memberi kesan trauma.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker